web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Majlis Raja-Raja Perlu Pastikan Parlimen Bersidang Semula - Rocky Bru

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 3:52PM

Ahirudin Attan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Raja-Raja yang akan mengadakan persidangan khas pada Rabu ini, mesti membuat keputusan supaya Parlimen bersidang semula, kata salah seorang blogger berpengaruh di Malaysia, Datuk Ahirudin Attan, atau lebih dikenali sebagai Rocky Bru.

Dalam artikel di The Mole, Pengarah Eksekutif Berita PETRA itu berkata, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan satu pilihan kerana ia merupakan satu lagi alat kepada darurat.

Beliau menekankan bahawa dengan mengembalikan negara kepada proses demokrasi yang betul menerusi Parlimen, ia juga menyelesaikan siapa yang seharusnya memimpin negara ketika dalam tempoh pergolakan yang tidak dapat dilihat ini.

“Jika Agong bertanyakan kepada saya, saya akan menyatakan: Majlis Raja-Raja perlu melakukan satu perkara sahaja - pastikan Parlimen bersidang semula. Yang lain akan ditentukan oleh proses demokrasi. Ia semudah itu.

''Apabila Parlimen bersidang, Ahli Parlimen yang mewakili rakyat akan menentukan di Dewan Rakyat (atau di luar Parlimen, seperti keutamaan) siapa yang sepatutnya memimpin mereka dari sekarang hingga pilihan raya umum akan datang.

''Biar mereka yang memilih salah seorang di kalangan mereka untuk menjadi Perdana Menteri yang baharu,'' katanya.

Tidak perlu dikatakan, mempertahankan kerajaan yang gagal bukan satu pilihan. MAGERAN bukan satu pilihan juga, ia hanya alat kepada darurat. Ini bukan (tahun) `69', dan kita perlu menamatkan darurat ini.

''Apabila Parlimen bersidang, Agong akhirnya dapat mengumumkan penamatan darurat politik, seperti apa yang Seri Paduka ingin lakukan, atau begitu saya dimaklumkan," kata Ahirudin.

Pada masa sama, wartawan veteran yang pernah memenangi anugerah itu percaya, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja-Raja Melayu di dalam Majlis Raja-Raja tidak sepatutnya membuat keputusan siapa yang akan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Beliau memberitahu, Parlimen adalah landasan yang tepat untuk membuat keputusan, dengan alasan tahun lepas Agong telah memanggil menghadap Ahli-ahli Parlimen ke Istana Negara untuk memastikan sokongan mereka, yang kemudiannya pemerintahan `pintu belakang' kini mengambil alih Putrajaya.

“Oleh itu, saya sangat sedih melihat YDPA menerima menghadap pemimpin parti politik sekali lagi (mungkin) untuk memutuskan siapa mempunyai bilangan yang banyak dan menjadi PM,'' kata Ahirudin.

“Agong melakukannya tahun lepas, dan ia mengakibatkan kerajaan `pintu belakang', yang mana kita semua setuju, telah gagal dan menyebabkan kesengsaraan.

''Ia tidak berjaya dulu dan tiada sebab untuk percaya ia akan berjaya kali ini. Kita tidak boleh melakukan perkara yang sama dan mengharapkan keputusan yang berbeza kali ini, kan?,'' soalnya, yang dipetik dari The Vibes.

Menyentuh mengenai siapa yang patut memimpin negara, Ahirudin berpendapat calon terbaik adalah Presiden PKR dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menjelaskan, ramai yang tidak bersetuju dengannya, namun melihat kepada pemimpin lain seperti Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak dan Muhyiddin memerintah serta gagal, mungkin Anwar boleh melakukan lebih baik.

“Dua orang kuat UMNO, Najib Razak dan Zahid Hamidi jelas tidak menolak idea Anwar memimpin.

''Dan jika PAS, Amanah, DAP dan parti-parti di Sabah serta Sarawak tidak mempunyai masalah bekerjasama dengan Anwar dan mereka berpandangan bahawa beliau adalah orangnya, maka siapa saya untuk menyatakan tidak kali ini?

''Mungkin Anwar adalah satu-satunya individu yang boleh menyelamatkan kita daripada semua kebuntuan ini. Saya juga nampaknya sudah mula berfikir sedemikian," luahnya. - Getaran, 13 Jun 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad