web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Bela Tun Abdul Razak, Gelar Tommy Emosional

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2021 10:12PM

Anwar Ibrahim

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil mempertahankan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein yang digelar sebagai penggerak kudeta semasa tragedi 13 Mei, dalam memoir nukilan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas. 

Dalam satu kenyataan media yang disiar di laman Facebooknya, Anwar membidas ulasan beremosi Tommy tentang peristiwa berdarah itu, yang didakwa dibuat tanpa meletakkan sebarang konteks.

“Tommy sebaliknya hanya mengambil satu sudut pandang dan melihat dari lensa orang lain sambil mengekalkan emosi yang sama dalam keadaan terbalik. 

“Kita pun bingung memikirkan apa matlamat yang ingin dicapai dari tanggapan semacam ini, dan ia terjadi di saat kita sedang dikelilingi gejala berita palsu serta teori konspirasi," tegasnya.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, Perdana Menteri kedua itu berhak untuk diadili dan dinilai berdasarkan konteks serta latar masa yang tepat.

“Kita tidak boleh menafikan fakta bahawa Tun Razak telah melonjakkan negara yang pada saat itu baru mencapai kemerdekaan dan membawanya ke satu anjakan paradigma baharu," katanya lagi.

Dalam kenyataan sama, Anwar turut membidas kenyataan bekas Peguam Negara itu yang cenderung untuk memandang rendah kredibiliti dan kewibawaan penjawat awam.

“Tanggapan bahawa para penjawat awam bekerja hanya untuk mendapat gaji tetap, dengan harapan akan menerima pencen sesudah bersara adalah tanggapan yang menjijikkan dan langsung tidak berasaskan kritikan secara rasional. 

“Ia adalah sikap prasangka terhadap kaum Melayu yang dibawa oleh sikap perkauman bertahun-tahun lamanya. Sikap individu tidak boleh digunakan untuk menghukum mereka secara keseluruhan, dan saya percaya golongan ini sememangnya efisien dan profesional,” katanya. – Getaran, 9 Februari, 2021 

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 3 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 19 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish