web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengeluaran Susu Segar Meningkat, KPKM Sasar SSR 100 Peratus Menjelang 2028

Politik Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2026 9:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyasarkan 100 peratus kadar sara diri (SSR) pengeluaran susu segar menjelang 2028 menerusi pelaksanaan pelbagai program bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata antaranya Program Pembangunan Industri Tenusu Negara 2021-2025 yang berjaya mencapai sasaran pengeluaran sebanyak 20 juta liter dalam tempoh lima tahun sekali gus menunjukkan impak dan keberkesanan program yang telah dilaksana.

Beliau berkata sejajar dengan peningkatan pengeluaran susu tempatan, peratusan SSR pengeluaran susu segar turut menunjukkan peningkatan dari tahun 2020 hingga 2023.

"Peningkatan SSR pengeluaran susu segar dapat dilihat daripada 56.7 peratus pada tahun 2021; 57.3 peratus pada tahun 2022 dan 66.8 peratus pada tahun 2023.

"Namun begitu, berlaku penurunan 0.1 peratus SSR daripada 66.8 peratus kepada 66.7 peratus pada tahun 2024 disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya penurunan penyertaan dalam kalangan penternak kecil," katanya pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.

Mohamad berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) mengenai pencapaian keberkesanan pelaksanaan Program Pembangunan Industri Tenusu Negara 2021-2025.

Beliau berkata KPKM turut melaksanakan Projek Pengukuhan Pengeluaran Tenusu Negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 dengan peruntukan RM30 juta untuk meningkatkan populasi induk ternakan dan menyediakan peralatan moden bagi mencapai sasaran SSR 100 peratus menjelang 2028.

Bagi mengekang kesan peningkatan kos makanan ternakan terhadap harga bekalan susu segar, Mohamad berkata KPKM telah melaksanakan beberapa langkah intervensi.

Antaranya membangunkan 136,527 hektar kawasan penanaman bagi menghasilkan sebanyak 1.25 juta tan metrik bahan makanan ternakan setahun, pembangunan varieti jagung berpotensi tinggi serta kajian penggunaan bahan tempatan lain seperti hampas sawit, hampas soya dan daun moringa sebagai alternatif makanan ternakan bagi mengurangkan kebergantungan import.

Selain itu, Mohamad berkata kerajaan akan menggerakkan kempen mempromosi susu segar tempatan mulai tahun ini bagi meningkatkan kesedaran rakyat tentang manfaat susu segar selain menggalakkan pengambilan susu asli tanpa gula tambahan sekali gus meningkatkan penggunaan susu segar di peringkat domestik. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad