web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Kuala Kubu Baharu: Penganalisis Jangka Isu Nasional Bakal Jadi Topik Kempen

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2024 12:28PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dijangka menjadi pentas bagi pihak yang bertanding untuk membahaskan pelbagai isu tempatan dan nasional, seperti kenaikan harga barang dan pembebasan pemimpin kerajaan.

Menurut penganalisis, pakatan pembangkang iaitu Perikatan Nasional akan mengambil kesempatan pada PRK kali ini untuk membangkit isu semasa yang membelenggu negara ketika ini antaranya pembebasan pemimpin kerajaan dan gabungannya, kenaikan tarif dan kajian semula subsidi.

Manakala, Pakatan Harapan (PH) yang memimpin kerajaan negeri pula dijangka memainkan isu pencapaian mereka sepanjang memerintah Selangor sejak memenangi Pilihan Raya Negeri tahun lalu.

"Kerajaan Persekutuan berdepan dengan kritikan sejak tahun lalu susulan pembebasan atau pengurangan hukuman kes perundangan membabitkan beberapa pemimpin parti kerajaan dan parti gabungannya (Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), kenaikan tarif dan kemungkinan pengurangan subsidi bagi barangan keperluan asas pengguna.

"Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan isu terbabit PH dijangka menjadi pilihan untuk memenangi kerusi terbabit," kata pengasas bersama Pusat Penyelidikan Pendapat Merdeka, Ibrahim Suffian.

Bagaimanapun, katanya, peluang PH untuk meraih kemenangan bergantung kepada jumlah orang ramai yang keluar mengundi, selain calon dan parti yang bakal bertanding dalam PRK terbabit.

Kekosongan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu adalah berikutan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi pada 11 Mei ini, manakala tarikh penamaan calon ditetapkan 27 April dan undian awal pada 7 Mei.

Ia adalah PRK ketujuh sejak Pilihan Raya Umum pada 2022, iaitu selepas PRK Parlimen Kuala Terengganu, Kemaman dan Pulai, manakala PRK DUN pula membabitkan kerusi Simpang Jeram, Pelangai dan Jepak.

Mendiang Lee Hee Hiong menyandang kerusi DUN Kuala Kubu Baharu selama tiga penggal, selepas menewaskan calon MCA pada 2013, 2018 dan calon Perikatan Nasional (PN), Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi pada PRN tahun lalu.

Kuala Kubu Baharu mempunyai 40,226 pengundi berdaftar membabitkan 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis dan pasangan mereka, 238 anggota tentera dan pasangan mereka, serta seorang pengundi luar negara. - The Vibes, 12 April 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Politik 2 tahun yang lalu

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

Politik 2 tahun yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad