web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Asmirul Anuar Aris Dilantik Pengerusi AMANAH Kedah

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Feb 2024 12:12PM

Pengerusi AMANAH Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah hari ini mengumumkan barisan kepimpinan baharu bagi mengemudi parti itu di negeri ini, bagisesi 2023 hingga 2026. 

Menerusi kenyataan dikeluarkan, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd Asmirul Anuar Aris, 46, diangkat menjadi pengerusi negeri bagi menggantikan bekas ADUN Pengkalan Kundor, Datuk Dr Ismail Salleh yang juga Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional AMANAH.

Asmirul ketika dihubungi Getaran memaklumkan, Jawatankuasa Pengurusan Negeri Kedah Sesi 2023-2026 yang baharu dibentuk itu terdiri daripada gabungan teknokrat, agamawan dan golongan akademik. 

"Mereka terdiri daripada gabungan muda dan senior. Matlamat kami untuk membawa AMANAH Kedah ke tahap lebih tinggi bersama semua parti yang lebih besar dan menyumbang kepada kejayaan buat Pakatan Harapan (PH) bersama Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). 

"Hala tujunya sudah ada dengan kita tidak akan menyerang membuta tuli sebaliknya mahu melaksana proses pendidikan terhadap masyarakat terutamanya golongan muda berkaitan pentadbiran kerajaan negeri. Dengan cara itu, masyarakat turut sama berpeluang menjalankan tuga semak dan imbang terhadap perkara dilaksanakan oleh kerajaan negeri. 

"Kita nak ajak anak-anak muda kenal dan faham dulu mengenai pentadbiran negeri dan dengan cara itu, mereka boleh tahu apa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan. Kita hendak bina nilai politik lebih beretika dan berakhlak dan bukan bergaduh sesama sendiri," katanya. 

Jawatan Pengerusi AMANAH Negeri sebelum ini dipertanggungjawabkan kepada Ismail setelah penyandangnya sebelum itu, Datuk Phahrolrazi Zawawi dipecat daripada parti selepas secara terbuka membantah keputusan kepimpinan PH meletakkan calon DAP di DUN Jerai dalam Pilihan Raya Negeri (PRN). 

Sementara itu, Ismail berkata, beliau akur dengan keputusan dibuat pimpinan pusat dan tetap mengharapkan kecemerlangan parti di negeri ini. 

"Terdapat beberapa proses perlu dilalui untuk membentuk jawatankuasa pengurusan negeri. Kami di negeri menghantar cadangan ke peringkat nasional dan penilaian akan dibuat presiden. 

"Semua ini adalah kehendak presiden dan saya akur dengannya. Kita harap AMANAH akan terus cemerlang dan mampu memberi impak serta cabaran untuk mengemudi kerajaan negeri dikuasai PASs serta Perikatan Nasional (PN)," katanya. - Getaran, 29 Februari 2024

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

oleh Sophia Ahmad