web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perpaduan GRS-PH Perlu Diteruskan Pada PRN Sabah – Armizan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2024 3:57PM

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mahd Ali. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mahd Ali mahu perpaduan sedia ada antara gabungan berkenaan dengan Pakatan Harapan (PH) diteruskan dalam pilihan raya negeri akan datang

Ahli Parlimen Papar itu berkata, walaupun kepimpinan tertinggi GRS belum membuat sebarang perbincangan mengenai formula kerjasama dalam pilihan raya akan datang namun beliau mempunyai pendiriannya sendiri.

“Sabah dan Sarawak mempunyai formula masing-masing iaitu pada hakikatnya kerajaan negeri di Sabah hari ini adalah sebuah kerajaan Perpaduan dengan acuan sendiri melibatkan gabungan GRS-PH Plus," katanya dalam kenyataan sempena pelancaran Jelajah Wanita GRS di Kota Marudu hari ini.

Mengulas lanjut, Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata, komposisi kerajaan Sabah hari ini iaitu GRS-PH Plus dibentuk selepas pembentukan kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

"Inilah formula kerajaan Perpaduan di Sabah. Selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GRS, semua ADUN PH dan beberapa ADUN daripada parti lain membuat keputusan supaya Datuk Seri Hajiji Noor kekal Ketua Menteri Sabah dan GRS amat menghargai sokongan dan kebersamaan mereka," katanya.

Beliau berkata pembentukan sesebuah kerajaan tidak seharusnya berdasarkan faktor 'ikut-ikutan' atau paksaan, tetapi perlu melalui hasil muafakat dan saling kepercayaan.

"Di pihak GRS, kami juga mahu mengelak risiko sejarah berulang. Tiba pilihan raya, kami mahu membentuk kerajaan yang stabil melalui permuafakatan.

“Bukan sahaja GRS perlu percaya kepada rakan kongsi, tetapi mereka juga perlu selesa dan yakin kepada rakan kongsi, tetapi mereka juga selesa dan yakin dengan kami," katanya. -BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar