web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKR Perkenal Duit Syiling Khas Sempena Jubli Perak Tahun Depan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 3:18PM

Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chean Chung melancarkan syiling peringatan sambutan Jubli Perak PKR pada Kongres Nasional Keadilan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Duit syiling peringatan khas PKR diperkenalkan bersempena sambutan ulang tahun ke-25 penubuhan parti berkenaan yang memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden parti.

Pengerusi Sambutan Jubli Perak PKR Wong Chen berkata idea menghasilkan duit syiling khas itu dicetuskan Anwar bulan lepas sempena meraikan sambutan Jubli Perak PKR, pada 4 Mei tahun hadapan.

"Tahun hadapan ulang tahun ke-25 PKR ditubuhkan. Ia merupakan satu milestone yang bermakna dan penting," katanya ketika berucap pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Wong yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berkata tiga corak telah dikemukakan kepada Anwar dan Presiden PKR itu sendiri memilih corak syiling yang memaparkan gambar beliau ketika memberi ucapan pertama reformasi negara di Masjid Negara pada 20 Sept 1998.

Menurut Wong tempahan awal duit syiling yang dihasilkan Royal Selangor itu boleh dibuat bermula hari ini dan penghantaran akan dibuat bermula Mac tahun depan.

Katanya terdapat dua jenis syiling ditawarkan iaitu logam perak yang dijual pada harga RM100 bermula hari ini hingga akhir tahun namun mulai tahun depan ia dijual dengan harga RM120.

Sementara jenis piuter bersadur emas (gold gilded pewter) dijual dengan harga RM500 bermula hari ini sehingga akhir tahun, manakala pada tahun depan ia akan dijual pada harga RM600.

Wong meminta semua ahli untuk menyokong dengan memiliki duit syiling khas dan menjadi sebahagian sejarah sempena sambutan Jubli Perak PKR. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad