web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kongres Nasional PKR 2023 Bermula Hari Ini

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2023 9:24AM

Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli ketika berucap pada Majlis Perasmian Bersama Kongres Nasional Tahunan AMK dan Wanita PKR di Dewan Perdana, PICC, Putrajaya hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 bermula hari ini dengan tumpuan terarah kepada ucapan perasmian serentak Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita oleh Timbalan Presiden Rafizi Ramli.

Kongres yang mengangkat tema “Memaknai Reformasi, Menjulang MADANI” itu berlangsung selama dua hari dan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pada kongres AMK dan Wanita itu, perwakilan kedua-dua sayap bakal disajikan tayangan montaj 25 tahun Reformasi Keadilan dan genap setahun Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.

Sejurus selepas perasmian, kedua-dua sayap berkenaan akan memulakan kongres masing-masing dengan ucapan dasar Ketua AMK Adam Adli Abd Halim dan Ketua Wanita Fadhlina Sidek, disusuli sesi perbahasan ucapan dasar ketua sayap.

Ia diikuti dengan sesi penggulungan oleh setiausaha, naib ketua, timbalan ketua dan ketua sayap masing-masing.

Dalam pada itu, Anwar dijadualkan menyampaikan ucapan dasar pada 8.30 malam sekali gus merasmikan  Kongres Nasional peringkat pusat parti itu.

Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Rabu lepas dilaporkan berkata Kongres Nasional itu akan dihadiri 2,374 perwakilan dan 1,500 pemerhati selain turut dihadiri pimpinan utama parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan serta 50 perwakilan kedutaan asing.

Beliau berkata isu kemakmuran ekonomi, kebajikan dan keadilan sosial, tatakelola pentadbiran yang baik dan kestabilan politik akan menjadi tumpuan utama dalam perbahasan.

Menteri Dalam Negeri itu juga berkata menerusi kongres berkenaan, PKR akan sekali lagi menegaskan mesej dan pendirian terhadap isu kemanusiaan yang berlaku sejak berlaku kemelut Palestin dan Israel selain mengadakan slot khas bagi memperingati mangsa kekejaman rejim Zionis itu. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar