web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jeli Pula Isytihar Sokongan Kepada PM

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2023 5:32PM

Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini mengisytiharkan sokongannya kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuat kuasa hari ini.

Beliau adalah wakil rakyat keempat dari Perikatan Nasional (PN) yang menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Anwar, selepas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), sejak beberapa minggu ini.

Melalui satu kenyataan media bertarikh hari ini, Zahari berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti, memperhalusi dan mempertimbangkan dengan sebaik mungkin mengenai masalah dihadapi rakyat di kawasan diwakilinya, termasuk isu kos sara hidup, keperluan asas serta pembangunan yang mesti diteruskan di situ.

“Saya sedar rakyat mesti diutamakan dan pembangunan mesti diteruskan tanpa sebarang kompromi.

“Dalam alaf yang serba mencabar ini selaku Ahli Parlimen saya harus memberi khidmat yang terbaik buat rakyat dalam Parlimen Jeli,” katanya.

Zahari berkata, tindakan dan keputusannya itu dibuat tanpa sebarang paksaan, pengaruh mahu pun tekanan daripada mana-mana pihak.

Sebaliknya, beliau berkata, ia dibuat atas kerelaan dirinya sendiri demi rakyat dalam kawasan Parlimen Jeli.

Pada masa sama, Zahari berkata, beliau masih taat, setia dan kekal sebagai ahli BERSATU.

Justeru, Zahari berkata, beliau bersedia untuk berdepan dan menerima risiko dari tindakan disiplin partinya.

Katanya, tindakannya itu demi memastikan pengundi-pengundi dan rakyat dalam Parlimen Jeli tidak menjadi mangsa keadaan dan tidak ketinggalan menerima semua bentuk pembangunan dan bantuan dari Kerajaan Persekutuan.

“Maka dengan ini saya juga mengisytiharkan untuk menyokong sebarang dasar-dasar dan inisiatif yang kerajaan lakukan dalam memulihkan ekonomi negara serta meletakkan kebajikan dan kepentingan rakyat.

“Sokongan saya ini berterusan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) yang seterusnya,” katanya.

Semalam, Mohd Azizi yang mewakili Parlimen Gua Musang, membuat pengisytiharan untuk menyokong Perdana Menteri.

Media sebelum ini melaporkan, Naib Presiden BERSATU Datuk Radzi Jidin dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan berkuat kuasa serta-merta bagi menggantikan Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman.

Setiausaha Agung BERSATU Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilaporkan, berkata Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU juga memutuskan bahawa Badan Pimpinan Negeri akan mengambil alih pengurusan Bahagian Kuala Kangsar dan Labuan. – Getaran, 8 November 2023

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar