web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Himpunan Selamatkan Malaysia Berarak Ke IPD Dang Wangi, Lapor Kes Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2023 3:23PM

Sebahagian peserta Himpunan Aman Selamatkan Malaysia berarak di hadapan Kompleks Beli-Belah Sogo, Kuala lumpur. gambar Facebook Perikatan Nasional Selayang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peserta Himpunan Aman Selamatkan Malaysia berarak dari Masjid Jamek Kampung Baru menuju ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membuat laporan polis berhubung kes melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Khairul Nadzir Helmi Azhar, berkata peserta akan bergerak mengiringi pimpinan menuju ke IPD berkenaan.

"Kami akan berjalan kaki menuju ke IPD Dang Wangi melalui hadapan Sogo . Siapa nak ikut, ikut..siapa tak mahu ikut, terserahlah.

"Tetapi kita akan berjalan menuju ke IPD Dang Wangi untuk buat laporan," katanya ketika berucap di hadapan sekitar 500 orang peserta himpunan berkenaan.

Turut berucap, ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang berkata bahawa himpunan berkenaan membawa hasrat supaya Ahmad Zahid didakwa semula selepas dilepaskan daripada 47 pertuduhan rasuah.

Katanya, beliau akan meminta pihak polis membuat siasatan semula terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang memutuskan keputusan membabitkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

"InsyaAllah saya akan ke IPD Dang Wangi untuk buat laporan polis nak beritahu ada benda tak kena apabila (Ahmad) Zahid diberi DNAA.

"Saya akan pergi buat laporan polis minta siasat apa berlaku, (saya) nak minta (mahkamah) dakwa Zahid semula," katanya.

Antara pimpinan yang dilihat hadir di himpunan tersebut adalah Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris bersama Tun Faisal dan juga Khairul Nadzir.

Peserta himpunan itu memakai baju putih sambil membawa plakad dengan tulisan 'Dakwa Zahid' menuju ke IPD Dang Wangi dalam keadaan aman dan diiringi oleh Unit Amal PAS.

Himpunan Aman Selamatkan Malaysia anjuran bersama Pemuda Perikatan Nasional (PN) dan gabungan bukan kerajaan (NGO) itu bertujuan melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan mahkamah dalam kes membabitkan Ahmad Zahid.

Menurut sekretariat berkenaan, kempen akan dimulakan di Kg Baharu sebelum diteruskan ke siri jelajah seluruh negara yang akan diumumkan kelak.

Namun, himpunan yang berlangsung hari ini tidak mendapat kebenaran polis kerana tidak memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012. - Getaran, 16 September 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Perhimpunan Di Ibu Kota Gagal Patuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 - Polis

2

Politik 2 tahun yang lalu

Himpunan Kemuka 3 Tuntutan, Bantah Keputusan Lepas Tanpa Bebas Ahmad Zahid

3

Semasa 3 tahun yang lalu

15 Individu, Termasuk 6 Pemimpin MUDA Selesai Beri Keterangan Kepada Polis

4

Semasa 5 tahun yang lalu

11 Dipanggil Kerana Perhimpunan Undi 18 Dibebaskan, Disoal Secara Berperingkat

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad