web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MUDA Kini Di Blok Pembangkang, Tetap Sokong Reformasi Institusi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2023 8:37PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – MUDA bakal bergelar pembangkang pihak ketiga (third force) susulan pengunduran dari blok kerajaan hari ini. 

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keputusan berkenaan dibuat dengan berat hati selepas berbincang dengan barisan kepemimpinan parti. 

Menerusi video yang dimuat naik di X, beliau mengumumkan, surat penarikan diri itu telah dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul hari ini. 

“Perjalanan selepas ini amat panjang dan sunyi, tetapi ia berbaloi kerana kepentingan Malaysia sentiasa menjadi keutamaan.  

“Tindakan kerajaan hari ini menggugurkan 47 pertuduhan rasuah Timbalan Perdana Menteri menyukarkan MUDA untuk terus kekal dalam kerajaan,” katanya. 

Tegas Ahli Parlimen Muar itu, ini bukan kali pertama beliau mengambil tindakan berdasarkan prinsip dipegang. 

“Pada 2020 ketika Langkah Sheraton berlaku. saya ditawarkan jawatan menteri, Pengerusi GLC (syarikat berkaitan kerajaan) (tapi) saya tolak. Diugut, saya lawan. Saya lawan kerana saya mahu membina Malaysia yang bermaruah dan berintegriti. 

“Siapa boleh menyangka kerajaan yang kononnya mahu membawa perubahan akhirnya bertindak menggugurkan pertuduhan rasuah hanya demi kuasa,” katanya. 

Syed Saddiq yang juga Mantan Menteri Belia dan Sukan berkata, beliau sama sekali tidak akan membenarkan Malaysia menormalisasikan rasuah. 

“Saya adalah rakyat Malaysia dan mahu melihat negara bertuah ini bergelar negara membangun yang menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang dan meraikan kepelbagaian,” katanya. 

Keputusan mahkamah melepas tanpa membebas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi ialah antara faktor utama MUDA menarik diri daripada terus bersama kerajaan - gambar fail
Keputusan mahkamah melepas tanpa membebas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi ialah antara faktor utama MUDA menarik diri daripada terus bersama kerajaan - gambar fail

Jelasnya, MUDA selepas ini akan memberi tumpuan kepada mengangkat suara rakyat serta memainkan peranan semak dan imbang. 

“MUDA akan tetap sokong segala usaha reformasi institusi dan perihal rakyat,” katanya. 

Terdahulu menerusi kenyataan, jurucakap parti berkenaan berkata, beberapa keputusan yang diambil oleh Kerajaan Perpaduan akhir-akhir ini dilihat bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang negara. 

“Isu integriti dan rasuah juga menjadi antara sebab pengunduran parti dari terus bersama kerajaan. MUDA percaya bahawa institusi perundangan negara ini telah dicemari dan Kerajaan Perpaduan seolah-olah telah menormalisasikan budaya rasuah.  

“Janji-janji reformasi yang dijanjikan sebelum Pilihan Raya telah banyak diabaikan dengan memberi alasan kerajaan ini kerajaan baharu,” katanya. 

Pengunduran MUDA bermakna Kerajaan Perpaduan kini tidak lagi memiliki 148 kerusi untuk membentuk majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. - Getaran, 10 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

3

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana Armada: Syed Saddiq Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta, 2 Sebatan

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad