web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zahid Yakin Pengundi Johor Tidak Terpengaruh ‘Fatwa Politik’ Muhyiddin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2023 8:29PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan penduduk ketika hadir Program Bersama Rakyat di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin pengundi di kawasan Parlimen Pulai tidak akan terpengaruh dengan ‘fatwa politik’ yang menyatakan haram untuk mengundi calon Perikatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai, Sabtu ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata ini kerana Bangsa Johor lebih matang dan tidak akan terpengaruh dengan ‘fatwa’ yang dikeluarkan oleh Pengerusi Parti Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa sesi Ceramah Perdana di Dataran Utama Kempas, di sini, malam tadi.

"Saya nak tanya orang itu ayat al-Quran dari mana, hadis mana, qiyas mana dan ijma ulamak dari mana? Ketika beliau menjadi sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) 1.0 dahulu, semuanya halal, namun apabila tidak sealiran dengan dia, maka keluarlah ‘fatwa’ berbagai-bagai.

"Pada hemat saya Bangsa Johor, pengundi Johor berbeza dengan pengundi di tiga negeri yang dikuasai mereka. Rakyat Johor perlukan  kestabilan, mahukan wakil rakyat  yang boleh memperjuangkan nasib mereka,” katanya pada sidang media selepas program bersama rakyat di PPR Kempas Permai, Johor Bahru di sini hari ini.

Muhyiddin semasa sesi ceramah berkenaan dikatakan telah mengatakan bahawa adalah haram memberikan undi kepada Suhaizan, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi.

PRK Parlimen Pulai dan PRK Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram dijalankan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian awal pada 5 Sept dan hari mengundi pada 9 Sept. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad