web statsweb stats

Berita Terkini

55 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 56 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK: Proses Penamaan Calon Lancar, Tiada Insiden Dilaporkan – Ketua Polis Johor

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2023 12:08PM

Suasana tenang di Pusat Penamaan Calon PRK Pulai dan Simpang Jeram, kata Polis Johor. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pagi ini, berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden dilaporkan.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kedua-dua pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, dan Muar, yang turut dihadiri ribuan penyokong beberapa parti politik, turut dilaporkan dalam keadaan tenang serta terkawal.

“Pemantauan pihak polis dari bilik gerakan menunjukkan keadaan tenang dan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada proses penamaan calon Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya mengingatkan para calon, penyokong serta pemimpin parti politik agar terus mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan, terutama ketika berkempen.

Selain itu, beliau turut memberi amaran keras supaya semua pihak tidak menyentuh perkara berkaitan 3R (isu agama, raja dan kaum) ketika berkempen dan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya ingkar.

Kamarul Zaman berkata setakat ini masih belum ada pihak yang memohon permit untuk mengadakan ceramah dan kempen bagi kedua-dua kawasan PRK berkenaan.

“Dalam tempoh berkempen ini mohonlah permit. Insya-Allah, kita akan berikan jawapan dan berikan kebenaran, jadi ikutlah peraturan yang telah ditetapkan,” katanya

PRK Parlimen Pulai dan Simpang Jeram dilaksanakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK itu pada 9 Sept manakala pengundian awal pada 5 Sept. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad