web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Pulai: Ahmad Zahid, Hamzah Zainuddin Iringi Calon Masing-Masing

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2023 9:33AM

Calon Kerajaan Perpaduan, Suhaizan Kaiat (empat, kanan) diiringi Ahmad Zahid Hamidi bersama kumpulan penyokong tiba di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Bahru

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengiringi calon Kerajaan Perpaduan Suhaizan Kaiat bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, hari ini.

Ahmad Zahid yang berbaju korporat BN bersama rombongan penyokong Kerajaan Perpaduan berarak bersama calon ke pusat penamaan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bharu pada 8.45 pagi.

Turut mengiringi calon, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Pengerusi UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta beberapa pemimpin Kerajaan Perpaduan.

Sepanjang perarakan, kumpulan merah-biru tua daripada Kerajaan Perpaduan itu turut mengibarkan bendera parti-parti dalam gabungan itu selain melaungkan takbir serta slogan “Kerajaan Perpaduan” dan “Malaysia MADANI”.

Sementara itu, bagi pihak Perikatan Nasional (PN), Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta beberapa pemimpin bersama penyokong PN hadir mengiringi calon mereka, Zulkifli Jaafar.

Suhaizan merupakan calon pertama yang tiba di pusat penamaan calon pada 8.45 pagi diikuti Zulkifli pukul 8.46 pagi dan Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) Samsudin Mohamad Fauzi yang akan bertanding sebagai calon Bebas pada 8.50 pagi.

Suasana di pekarangan pusat penaman calon juga “hangat” dan meriah dengan sorakan penyokong daripada setiap parti politik selain membawa sepanduk dan bendera sebagai simbolik solidariti bersama calon.

Zulkifli Jaafar diiringi Hamzah Zainudin bersama kumpulan penyokong tiba di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Bahru bagi proses penamaan calon pagi ini - gambar BERNAMA
Zulkifli Jaafar diiringi Hamzah Zainudin bersama kumpulan penyokong tiba di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Bahru bagi proses penamaan calon pagi ini - gambar BERNAMA

Bagi menjamin kelancaran serta keselamatan, sebanyak 2,500 anggota dan pegawai polis ditugaskan di sini termasuk memasang penghadang serta kawat berduri bagi memisahkan kumpulan parti politik serta mengelakkan sebarang konfrontasi dan provoksi antara kumpulan itu.

Sementara itu di MUAR, calon Amanah yang mewakili gabungan BN-PH (Pakatan Harapan) Nazri Abdul Rahman tiba di pusat penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim kira-kira 9.05 pagi.

Nazri yang juga Timbalan Ketua Amanah Bakri diiringi Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Amanah Adly Zahari.

Nazri Abdul Rahman (tengah) di dalam Pusat Penamaan Calon - gambar BERNAMA
Nazri Abdul Rahman (tengah) di dalam Pusat Penamaan Calon - gambar BERNAMA

Turut hadir mengiringi Nazri ialah Naib Presiden Amanah Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Parlimen Bakri Tan Hong Pin daripada DAP.

Terdahulu, Nazri bersama kira-kira 1,000 penyokong yang memakai pakaian parti berwarna merah dan biru, berarak sejauh 800 meter di sepanjang jalan menuju ke pusat penamaan, sambil melaungkan "Kerajaan Perpaduan".

Dalam pada itu, calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor Dr Mohd Mazri Yahya tiba kira-kira 9 pagi di pusat penamaan, diiringi Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Hussin.

Proses penamaan calon bermula 9 pagi tadi dan calon-calon mempunyai tempoh sejam hingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan masing-masing.

PRK Pulai dan Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan hari pengundian awal pada 5 Sept, diikuti hari pengundian 9 Sept. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 3 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad