web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Amanah Yakin Mampu Pertahan Kemenangan Di Pulai, Simpang Jeram

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2023 7:28PM

Mohamad yakin momentum kejayaan PRN baru-baru ini diulangi di PRK Simpang Jeram, Pulai. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) optimis Amanah mampu mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, dengan majoriti selesa pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 9 Sept ini.

Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu yakin momentum kejayaan pada Pilihan Raya Negeri baru-baru ini, dapat diulangi pada PRK kali ini, sekali gus memastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan.

“Kita yakin dengan (kerjasama) rakan Kerajaan Perpaduan, kita mampu menang lebih (majoriti) dan menang dengan selesa.

“Momentum (jentera) akan menjadi lebih baik di Johor (PRK) dan suasananya akan lebih hebat selepas penamaan calon, tempoh berkempen hingga hari pengundian nanti,” katanya pada sidang media pengenalan calon PH, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Mohamad turut memperkenalkan calon Kerajaan Perpaduan bagi Parlimen Pulai iaitu bekas Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat dan calon DUN Simpang Jeram, seorang jurutera Nazri Abdul Rahman.

PRK Pulai dan Simpang Jeram diadakan selepas berlaku kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon kedua-dua PRK pada 26 Ogos, pengundian awal 5 Sept dan hari pengundian pada 9 Sept. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad