web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hamzah Sahkan Akaunnya, Isteri Dibekukan Semalam

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2023 7:20PM

Hamzah anggap pembekuan akaun susulan tekanan dan campur tangan pemimpin politik Kerajaan Perpaduan. - gambar fail

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pembekuan akaun bank Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan isterinya dianggap taktik mencipta persepsi buruk kepada Perikatan Nasional (PN).

Hamzah yang mengesahkan perkara itu, berkata akaun berkenaan dibekukan sejak semalam oleh pihak berwajin.

Katanya, beliau percaya tindakan itu diambil kerana ada tekanan dan campur tangan pemimpin politik tertinggi dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut mendakwa, pembekuan akuan berkenaan kemudian disebarkan kepada media, selain menganggap ia sebagai usaha untuk terus menekan pimpinan PN yang dikatakan semakin mendapat kepercayaan rakyat.

“Ia juga satu taktik kotor berterusan bagi mencipta persepsi buruk terhadap PN terutamanya selepas sokongan majoriti rakyat beralih kepada PN yang memenangi 146 daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

“Tindakan pendakwaan politik ini samalah dengan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin, apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara diperalatkan bagi mencipta fitnah terhadap pemimpin PN, tetapi akhirnya Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan empat pertuduhan kerana cacat, tidak berasas, kabur dan tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah.

“Hakim juga memutuskan bahawa pendakwaan tersebut adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan media petang ini.

Hamzah berkata, beliau yakin akan ada lebih banyak tindakan politik diambil terhadapnya dan pemimpin PN dalam masa terdekat.

Beliau berkata, ia termasuk menggunakan pihak polis bagi menyiasatnya kerana kritikan terhadap DAP pada kempen Pilihan Raya Negeri sebelum ini.

Pada masa sama, Hamzah berkata, beliau telah menyerahkan suatu surat tuntutan kepada SPRM, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Kerajaan Malaysia.

Beliau berkata, peguamnya sedang menyediakan kertas-kertas tindakan untuk tujuan memulakan tindakan Mahkamah terhadap SPRM, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Kerajaan Malaysia kerana mengheret namanya dalam kes pendakwaan yang tiada kena mengena langsung dengan dirinya.  – Getaran, 24 Ogos 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad