web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Speaker Pahang Serah Notis Kekosongan DUN Pelangai Kepada SPR

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2023 12:56PM

Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin ketika menyerahkan notis perisytiharan kekosongan kerusi DUN Pelangai kepada Pengarah SPR Pahang Datuk Zamree Hamli. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin hari ini menyerahkan notis perisytiharan kekosongan kerusi DUN Pelangai kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun.

Notis itu diserahkan kepada Pengarah SPR Pahang Datuk Zamree Hamli di Wisma Sri Pahang, di sini pada 11.20 pagi.

Zamree ketika bercakap kepada pemberita memaklumkan SPR berkemungkinan akan mengadakan mesyuarat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi DUN Pelangai pada minggu ini juga.

Sementara itu, Mohd Sharkar berkata penyerahan notis itu merupakan prosedur ditetapkan sekiranya terdapat mana-mana kerusi DUN kosong antaranya disebabkan berlaku kematian.

“Hari ini kita telah serahkan notis kepada SPR untuk memaklumkan kekosongan kerusi DUN Pelangai selepas Johari meninggal dunia pada 17 Ogos,” katanya.

Penyandang kerusi DUN Pelangai Johari, 53, antara 10 yang maut dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, Khamis lepas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15, Johari yang pertama kali bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi).

Sehingga Mei lepas, DUN Pelangai mempunyai 16,475 pengundi berdaftar.  - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad