web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Logo Alternatif : Hari Kebangsaan Perlu Disambut Dalam Semangat Penyatuan – Raja Bahrin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2023 12:19PM

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Negeri di bawah pentadbiran pembangkang perlu mencontohi langkah kerajaan Terengganu menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang ditetapkan oleh kerajaan Pusat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Beliau turut menyifatkan kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar semalam mengenai perkara itu sebagai tepat pada masanya, kerana Hari Kebangsaan seharusnya disambut oleh semua pihak dalam semangat penyatuan tanpa mengira fahaman politik.

Katanya apa juga perbezaan pendapat seharusnya diketepikan demi membina negara yang lebih makmur dan rakyat tidak wajar dibebankan serta diheret ke dalam kancah politik yang tidak berkesudahan.

"Kita baru melalui Pilihan Raya Umum ke-15 sembilan bulan dahulu, manakala Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri minggu lepas dan akan terpaksa menghadapi pula beberapa pilihan raya kecil disebabkan pemergian dua orang wakil rakyat.

"Kasihanilah rakyat yang sedang bergelut dengan keadaan ekonomi yang kurang baik dan tidak menentu selepas dua siri pilihan raya yang sengit yang meletihkan minda dan badan mereka," katanya dalam kenyataan semalam.

Semalam, Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri akan menggunakan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini iaitu "Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan" dan logo Malaysia Madani yang ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan, bukannya logo dan tema dicadangkan oleh Pemuda Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini, Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari memperkenalkan logo dan tema alternatif sempena Hari Kebangsaan serta dilaporkan berkata logo dan tema itu bakal digunakan untuk ucapan pemimpin PN sempena Hari Kebangsaan, selain mencadangkan ia diperluas ke Kedah, Kelantan, Terengganu serta Perlis. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar