web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


GRS Tanding Semua 73 Kerusi DUN Sabah, Pandangan Peribadi SAPP – Gagasan Rakyat

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2023 8:31AM

Kenyataan Teck Lee bahawa GRS bertanding di semua DUN pada PRN akan datang dianggap pandangan peribadi. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Langkah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk bertanding di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada pilihan raya negeri akan datang hanya pandangan peribadi Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan parti itu.

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata parti itu menghormati pandangan tersebut, bagaimanapun, ia tidak melambangkan pandangan GRS secara kolektif.

Beliau berkata perkara berkaitan kerusi DUN Sabah itu masih belum lagi dibincangkan pimpinan tertinggi GRS kerana fokus kerajaan negeri ditunjangi GRS pada masa ini ialah untuk terus melaksanakan segala agenda pembangunan negeri dan rakyat Sabah selaras Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

"Kita hargai dan berterima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan pimpinan Pakatan Harapan (PH) Sabah terutama sekali semasa kita menghadapi 'Langkah Kinabalu' pada awal tahun ini iaitu krisis politik yang ditimbulkan Parti Warisan dan sebahagian pimpinan UMNO Sabah.

"Kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri adalah stabil dan berjalan dengan baik atas sokongan semua pihak daripada GRS dan PH Sabah," katanya menerusi kenyataan malam ini.

Semalam, Yong, yang juga Timbalan Presiden GRS, berkata gabungan itu harus bertanding di semua 73 kerusi DUN Sabah pada pilihan raya negeri akan datang dan tiada keperluan untuk melakukan perbincangan bagi kerjasama dengan parti bukan tempatan Sabah pada pilihan raya itu.

Parti komponen GRS, diterajui Hajiji selaku pengerusinya, terdiri daripada Gagasan Rakyat, SAPP, Parti Bersatu Sabah, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP). - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 43 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad