web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menang 3 Negeri Masih Boleh Tukar Kerajaan Pusat - Abdul Hadi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2023 12:19PM

Abdul Hadi Awang - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Pertukaran kerajaan di  peringkat pusat masih boleh berlaku walaupun Perikatan Nasional (PN) kekal menang di tiga negeri daripada enam yang disasarkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN). 

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan terhasil menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) berakhir semalam menunjukkan sokongan pengundi terhadap gabungan Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) semakin merosot. 

Senario berbeza sebaliknya berlaku ke atas PN apabila berjaya menambah jumlah kerusi, walaupun masih gagal menguasai Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang seperti disasarkan sebelum ini. 

"Walaupun PN tak menang tapi (masih) boleh berlaku perubahan. Memang PN tak menang  di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau PInang tapi banyak kerusi yang kita menang, PN dapat. Ini menunjukkan perubahan yang baharu, bermakna sokongan PH merosot. 

"Ini termasuk peratusan keluar mengundi yang rendah. Bagi saya, ini menunjukkan undi protes terhadap PH," katanya pada sidang media di Masjid Rusila, Terengganu awal pagi tadi. 

Pertukaran kerajaan pusat sekiranya PN menang di kesemua enam negeri dalam PRN menjadi antara modal utama gabungan berkenaan, malah naratif tersebut diulang pada hampir semua kempen dilakukan. 

Dakwaan tersebut bagaimanapun ditepis oleh pemimpin BN- PH yang menyifatkan ia sebagai tidak berasas sama sekali. 

Keputusan semalam menyaksikan kedua-dua gabungan kekal dengan status quo, apabila masing-masing menguasai tiga negeri seperti sebelum. 

Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan kekal dalam pegangan PH-BN manakala PN merapatkan jumlah kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah. 

Gabungan itu turut menyapu bersih kesemua kerusi DUN di Terengganu. - Getaran, 13 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam