Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Langsung: Pengiraan Undi Di 6 Negeri Bermula Selepas Tempoh Mengundi Tamat

Politik Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2023 7:20PM

- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Debaran menunggu keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan semakin terasa terutama selepas peratusan keluar mengundi yang rendah.

Setakat 4 petang tadi, Kelantan sekadar mencatatkan 56 peratus pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Terengganu mencatatkan rekod keluar mengundi tertinggi iaitu sebanyak 70 peratus, diikuti Kedah (68 peratus), Pulau Pinang (67 peratus), Selangor (65 peratus), dan Negeri Sembilan sebanyak 62 peratus, manakala di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu merekodkan 67 peratus keluar mengundi.

PRN di enam negeri itu membabit seramai 9,773,571 pengundi berdaftar layak mengundi.

1.30pm Keputusan penuh PRN Kedah, PN memperolehi 33 kerusi daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan manakala tiga kerusi lagi dimenangi PH. Peratusan pengundian bagi PRN Kedah adalah sebanyak 73.86 peratus.

PRN Kelantan menyaksikan PAS memperoleh sebanyak 43 kerusi manakala BN dan PH masing-masing memperoleh satu kerusi daripada 45 kerusi DUN yang dipertandingkan. Sebanyak 60.96 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka, yang terendah antara enam negeri yang melalui proses PRN.

PH-BH memperoleh keputusan 29 kerusi dimenangi pada PRN di Pulau Pinang iatu masing-masing 27 dikuasai PH dan dua lagi adalah milik BN.

PN berjaya memperoleh 11 kerusi selepas 72.67 peratus pemilih berdaftar keluar mengundi pada PRN Pulau Pinang.

Selangor bawah gabungan PH-BN berjaya memperoleh 34 kerusi dan PN sebanyak 22 kerusi daripada 56 jumlah yang dipertandingkan, 

Peratusan keluar mengundi bagi negeri tersebut mencatatkan sebanyak 72 peratus.

Bagi Negeri Sembilan, keputusan penuh PRN kali ini memihak kepada Kerajaan Perpaduan apabila PH-BN berjaya mendapatkan 31 kerusi manakala PN hanya mendapat lima sahaja kerusi DUN di negeri itu. 

Peratusan keluar mengundi di Negeri Sembilan mencatatkan 68.35 peratus sahaja. 

Bagi Terengganu yang mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 74.79 peratus, 32 kerusi DUN di negeri itu berjaya ditakluk penuh PAS. 

Di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu juga mencatatkan kemenangan buat PAS dengan jumlah peratusan keluar mengundi di kerusi Parlimen tersebut sebanyak 73.34 peratus.

12.16am Negeri Sembilan umum cuti peristiwa Isnin ini - Aminuddin Harun

11.52pm (SPR Rasmi) Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Ahmad Amzad Hashim tewaskan calon PH Azan Ismail di PRK Parlimen Kuala Terengganu

11.46 (Rasmi) Gabungan Perpaduan berjaya menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang selepas memperoleh kemenangan dua pertiga

11.40pm  (Tidak Rasmi) Selangor mendahului dengan 32 kerusi DUN di negeri itu dengan kurang lagi lima kerusi untuk mendapat majoriti dua pertiga.

11.16 pm  (Tidak Rasmi) Selangor kekal milik PH-BN apabila berjaya menawan 32 kerusi daripada 56 yang dipertandingkan. 

Kelantan, Terengganu dan Kedah rasmi kekal milik PN setelah diumumkan oleh SPR dengan berjaya memperoleh lebih 50 peratus kerusi yang dipertandingkan.

10.17pm (SPR RASMI) Pengerusi PN Selangor Mohamed Azmin Ali menang di Hulu Kelang, tewaskan Juwairiya Zulkifli

10.15pm (SPR RASMI) Pengerusi PH Negeri Sembilan Aminuddin Harun pertahan kerusi Sikamat.

PAS pertahan Kelantan selepas peroleh majoriti mudah 23 kerusi - SPR

10.04pm (SPR Rasmi) Calon PH, Khazan Che Mat menewaskan calon (PH-BH) Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di kerusi DUN Seberang Takir dengan majoriti 2,797 undi

PRN: PAS pertahan Terengganu selepas memperoleh majoriti mudah, setakat pukul 9.45 malam - SPR

PRN: PH-BN pertahan Negeri Sembilan, peroleh majoriti mudah 19 kerusi - SPR

10pm (SPR Rasmi) Calon PH, Heng Lee Lee menang kerusi Berapit, Pulau Pinang dengan majoriti 18,053 mengalahkan calon PN, Lee Kok Keong

9.58pm (SPR Rasmi) Calon PH, Yew Jia Haur memang kerusi Teratai, Selangor dengan majoriti 31,933 menewaskan wakil PN, Chew Han Keai

9.56pm (SPR Rasmi) Calon PH Noorzunita Begum Mohd Ibrahim menang kerusi DUN Pilah mengalahkan calon PN Rafiei Mustapha dengan majoriti 1,079

9.54pm (SPR Rasmi) Calon PH Chew Seh Yong memenangi Kerusi DUN Lobak, Negeri Sembilan dengan majoriti 13,504 undi menewaskan calon PN, Ng Soon Lean yang memperoleh 853 undi.

9.43pm (Tidak Rasmi) PN memenangi 19 daripada 36 kerusi di Kedah, sekali gus memiliki jumlah mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri

9.38pm (SPR Rasmi) PN menang di Bukit Kayu Hitam, Kedah; Manir, Terengganu serta di Limbongan, Air Lanas dan Guchil, Kelantan. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (PH-BN) menang di Bertam, Pulau Pinang

9.35 pm (SPR Rasmi) - Anak kepada Tan Sri Noh Omar menang di DUN Permatang mengalahkan calon PH, Mohd Yahya Mat Sahri dengan jumlah 12,580 undi

9.34pm  (Tidak Rasmi) PN memenangi 17 daripada 37 kerusi di Kedah dan hanya memerlukan dua kerusi sahaja lagi untuk membentuk kerajaan negeri

9.25 pm (SPR Rasmi) Empat kerusi DUN di Kelantan N31 Semerak, N32 Gaal, N33 Pulai Chondong dan N43 Nenggiri dimenangi PN

9.24pm (Tidak Rasmi) PN menang di Anak Bukit, Kedah. PN mendahului di Pengkalan Kundor dengan lebih 15,000 undi

9.21pm  (Tidak Rasmi) PN menang di Bukit Besi, Terengganu dan di Ayer Hitam, Kedah

9.20pm (Tidak Rasmi) Selangor hanya memerlukan dua lagi kerusi DUN di negeri itu untuk mendapatkan majoriti mudah. PH-BN berjaya 27 kerusi berbanding PN dengan hanya lapan kerusi.

9.19pm  (Tidak Rasmi) Azrul Mahathir Aziz (PH-BN) menewaskan Dominic Lau (PN) di Bayan Lepas, Pulau Pinang

9.16pm PN menang di Guar Chempedak, Kedah; Datuk Seri Amirudin Shari (PH-BN) mengekalkan kerusi Sungai Tua, Selangor dan calon PH-BN menang di Ampangan serta di Klawang, Negeri Sembilan

9.15pm (SPR Rasmi) Naib Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pertahan kerusi Ru Rendang tewaskan calon PH Suhaimi Sulaiman

9.13pm  (Tidak Rasmi) Jalaluddin Alias (PH-BN) menang di Pertang, Negeri Sembilan dan di Seri Delima, Pulau Pinang manakala PN menang di Pantai Merdeka, Kedah

9.12 pm (Tidak Rasmi)  PH-BN Selangor berjaya menang di kerusi N31, Subang Jaya, N04 Sekinchan, N35 Kampung Tungku, N30 Kinrara dan N36 Bandar Utama.

9.09pm  (Tidak Rasmi) PN menang di Sura dan Bukit Tunggal, Terengganu manakala Lim Yi Wei (PH-BN) menang di Kampung Tunku, Selangor

9.08pm (Tidak Rasmi) PN menang di Bukit Kayu Hitam, Kedah

9.07pm (Tidak Rasmi) PN telah memenangi 10 daripada 36 kerusi di Kedah

9.06pm (Tidak Rasmi) - DAP berjaya memperoleh 46 kerusi DUN daripada 47 yang dipertandingkan di enam negeri.

9.00pm (Tidak Rasmi) Baddrol Bakhtiar (PN) menang di Gurun, Kedah manakala Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor (PN) mengekalkan kerusi Jeneri, Kedah

PN menang di Belantek, Kedah. PH-BN Mendahului di Kerusi DUN Bertam, Pulau Pinang

PN mendahului di Kelantan, Terengganu dan Kedah manakala PH-BN menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Kedah

8.58pm (Tidak RAsmi) Altimet (PH-BN) mendahului di Lembah Jaya dengan lebih 21,400 undi

8.56pm (Tidak Rasmi) PH-BN menang di Sungai Puyu, Pulau Pinang, Mambau dan Pilah Negeri Sembilan

8.54pm (Tidak Rasmi) Datuk Seri Mahdzir Khalid (PH-BN) ketinggalan di Pedu, Kedah

8.51pm (Tidak Rasmi) PH-BN menang di Bukit Kepayang, Negeri Sembilan

8.50pm (Tidak Rasmi) Michelle Ng (PH-BN) menang di Subang Jaya, Selangor

8.43pm (Tidak Rasmi) Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor (PN) mendahului di Jeneri, Kedah dengan 16,000 undi

8.42pm (Tidak Rasmi) PH-BN menang di Bukit Gasing, Selangor

8.40pm (Tidak rasmi) PH-BN menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Palong dengan majoriti 559 undi

8.39pm (Tidak Rasmi) Pertarungan masih sengit di DUN Hulu Kelang antara Juwairiya Zulkifli (PH-BN) dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN)

Juwairiya mendahului dengan 6,199 undi manakala Azmin memperoleh 6,096 undi

8.35pm (Tidak Rasmi) Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (PN) mendahului di Ru Rendang, Terengganu dengan lebih 13,500 undi

8.33pm (Tidak Rasmi) PN menang di Sungai Limau, Kedah. PH-BN menang di Seri Kembangan, Selangor

8.33pm (Tidak Rasmi) PH-BN menang di Chembong, Negeri Sembilan

8.31pm (SPR Rasmi) - Dr Zamri Mantop berjaya di DUN Sg Burong dengan jumlah undi 15, 447 menewaskan calon BN, Mohamad Khir Ramli yang hanya memperoleh 8,605.

8.30 pm (Tidak Rasmi) - PH-BN berjaya memperoleh satu kerusi di Kelantan dan 12 lagi masih dipegang oleh PN. Di Kedah, 5 kerusi milik PN dan satu kerusi milik PH-BN. PH-BN - di Pulau Pinang mendapat kemenangan di  14 kerusi, di Selangor mereka berjaya mendapatkan 6 kerusi oleh dan di Negeri Sembilan beroleh 11 kerusi.

8.29pm (Tidak Rasmi) PN menang di Guar Chempedak, Kedah manakala Datuk Mahfuz Omar (PH-BN) tewas di Alor Mengkudu, Kedah. PAS mendahului semua kerusi DUN kecuali DUN Telemong dan DUN Bandar di Terengganu

8.26pm (Tidak Rasmi) PH-BN menang di Perai, Pulau Pinang

8.24pm (Tidak Rasmi) PH-BN menang di Lukut, Seremban Jaya, Palong, dan Lobak, Negeri Sembilan

8.22pm (Tidak Rasmi) Datuk Seri Mahdzir Khalid (BH-PN) ketinggalan di Pedu dengan 3,419 undi

8.20pm (Tidak Rasmi) Calon PH-BN, Papparaidu A/L Veraman menang di Banting, Selangor. Calon PH-BN, Datuk Ismail Lasim, menang di Senaling, Negeri Sembilan

8.19pm (Tidak Rasmi)  Calon PH-BN, Tony Leong Tuck Chee menang di Pandamaran, Selangor

8.18pm  (Tidak Rasmi)  Calon PH-BN, Dr Quah Perng Fei menang di Bandar Baru Klang, Selangor

8..17pm (Tidak Rasmi) Datuk Seri Mohamad Hasan (PH-BN) menang di Rantau, Negeri Sembilan

8.14pm (Tidak Rasmi) Datuk Mahfuz Omar (PH-BN) ketinggalan di Alor Mengkudu, Kedah

8.12pm (Tidak Rasmi) PN mendahului di Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan lebih 22,000 undi

8.10pm (Tidak Rasmi) Datuk Seri Amirudin Shari (PH-BN) mendahului di Sungai Tua, Selangor dengan lebih 8,200 undi

8.09pm (Tidak Rasmi) PN mendahului di Selising Kelantan dengan lebih 1,200 undi. Di Selangor, PH-BN berjaya memperoleh 10 kerusi manakala PN dua kerusi iaitu di Ijok dan Morib.

8.07pm (Tidak Rasmi) Datuk Seri Mahdzir Khalid (PH-BN) ketinggalan di Pedu, Kedah. Calon PN mendahului dengan lebih 2,000 undi

8.06pm (Tidak Rasmi) Datuk Seri Mohamad Hasan (PH-BN) mendahului di Rantau, Negeri Sembilan dengan lebih 8,700 undi

8.05pm (Tidak Rasmi) PH menang di Banting, Selangor

8.04pm (Tidak Rasmi) Juwairiya Zulkifli (PH-BN) kembali mendahului di Hulu Kelang

8.03pm (Tidak Rasmi) Lim Guan Eng menang di Air Putih, Pulau Pinang

7.58pm (Tidak Rasmi) Altimet (PH-BN) mendahului di Lembah Jaya

7.57pm (Tidak Rasmi) PH-BN mendahului di Bukit Antarabangsa. PN mendahului di Wakaf Mempelam, Terengganu

7.55pm (Tidak Rasmi) Anthony Loke menang di Chennah, Negeri Sembilan. Calon PH-BN, Wong Hon Wai menang di Paya Terubong, Pulau Pinang

7.49 pm (Tidak Rasmi) PH-BN Pulau Pinang berjaya mendahului 5 kerusi daripada 40 kerusi DUN yang dipertandingkan, Negeri Sembilan memperoleh 3 kerusi daripada 36 kerusi DUN di negeri. 

Di Kedah, Perikatan Nasional berjaya memperoleh 2 kerusi daripada 36 kerusi dan di Selangor, PH/BN dapat mengekalkan satu daripada 56 kerusi DUN di negeri itu.

7.45pm (Tidak Rasmi) PH-BN menang di Pengkalan Kota, dan Bagan Jermal, Pulau Pinang

Seramai 570 calon daripada sembilan parti dan 41 calon bebas bertanding pada PRN kali ini, merebut 245 kerusi DUN.- Getaran, 12 Ogos 2023

7.44pm (Tidak Rasmi) Penyandang kerusi DUN Kampung Tunku, Lim Yi Wei (PH-BN) mendahului sebanyak 15,214 undi.

7.42pm (Tidak Rasmi)  Anak perempuan Tan Sri Noh Omar, Nurul Syazwani Noh dari PN, mendahului di kerusi Permatang, Selangor dengan 7,509 undi, manakala Mohd Yahya Mat Sahri dari PH mempunyai 6,441 undi.

7.35pm (Tidak Rasmi) Penyandang kerusi DUN Sekinchan, Ng Suee Lim (PH-BN) mendahului dengan sebanhyak 8,561 undi berbanding lawannya, Goh Gaik Meng dari PN yang mendapat 4,426 undi.

Di Balakong, PH-BN yang diwakili Wayne Ong Chun Wei sudah memperoleh sebanyak 31,419 undi manakala Steven Lai dari PN mendapat 8,590 undi.

Saingan sengit dilihat di DUN Hulu Kelang apabila Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN) mendahului dengan 1,203 undi. Juwairiya Zulkifli (PH-BN) mengekori rapat dengan 1,081 undi

7.30pm (Tidak Rasmi) Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendahului di Sg Tua dengan 1,376 undi berbanding pesaingnya Hanif Jamaluddin (PN) yang mendapat 577 undi dan calon Bebas Suman Gopal (17)

7.27pm (Tidak Rasmi) Calon PH-BN, Najib Isa ketinggalan di Bagan Pinang. PN mendahului dengan lebih 4,000 undi

7.25pm (Tidak Rasmi) Pengkalan Kota, Pulau Pinang. Satu lagi kerusi dikuasai PH apabila calonnya Wong Yuee Harng menguasai lebih daripada separuh undi.

7.24pm (Tidak Rasmi) Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mendahului di Padang Kota dengan lebih 5,000 undi.


7.20pm: (Tidak Rasmi) Komtar, Pulau Pinang - Keputusan tak rasmi menunjukkan calon PH Teh Lai Heng menang di Komtar.

Teh Lai Heng mendapat 7.520 undi, lebih separuh daripada jumlah jangkaan pengundi di situ.

7.11pm  (Tidak Rasmi) Pengerusi BN Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid ketinggalan apabila mendapat 135 undi. Calon PN, Mohd Radzi Md Amin memperoleh 455 undi.

7.05pm – (Tidak Rasmi) Datuk Seri Rina Harun yang mewakili PN di DUN Batu Tiga menepati ramalan ramai apabila hanya mendapat 46 undi dalam kiraan tidak rasmi setakat jam 7 petang.

Rina berdepan dua pesaing iaitu calon dari MUDA, Cheda Razak dengan memperoleh 656 undi manakala calon PH-BN, Danial Al Rashid Haron dengan 424 undi.

7pm – (Tidak Rasmi) Calon PH-BN Ng Sze Han mendahului di Kinrara dengan 1,274 undi manakala pesaingnya mendapat 806 undi. Tony Leung Tuck Chee yang bertanding di Pandamaran terus mendahului dengan 5,040 undi, diikuti calon PN, B Gunalan dengan 1,068 undi dan Tan Kang Yap dari PRM dengan 61 undi.

6pm – Semua pusat pengundian di seluruh negara ditutup bagi membolehkan undi dikira.

Sorotan

1

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

2

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

3

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

4

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

5

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

6

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

7

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

KESUMA Percepat Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, Laporan Interim Jun Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Kasino Forest City: Chegu Bard Tak Mengaku Salah Terbit Kenyataan Menghasut

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Cat: JAS Tempatkan 2 Alat Ukur Kualiti Udara

Semasa 17 jam yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Akan Diperincikan Semasa Pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi