web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Masyarakat Siam Kedah Tunai Tanggungjawab Mengundi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2023 4:07PM

SPR - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERANG - Sebagaimana rakyat Malaysia lain yang layak memilih, masyarakat Siam di Kedah hari ini turut bersama-sama keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN). 

Walaupun berkerusi roda akibat jatuh tangga tiga bulan lepas, Sathaphorn, 50, yang merupakan pengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu ternyata bersemangat dan sabar menunggu giliran untuk mengundi.

Sathaphorn yang dibawa jirannya Cha Trie, 40, ke pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Naka berkata beliau mahu memastikan undinya dikira bagi memilih pemimpin berwibawa yang mampu membantu rakyat di kawasan itu.

“Saya tidak pernah ponteng mengundi dan hari ini dibawa oleh jiran ke pusat mengundi menggunakan motosikal sebab kaki kanan patah selepas terjatuh semasa bekerja di Kuala Lumpur.

“Hari pengundian penting sebab nak pilih pemimpin yang bertanggungjawab untuk negeri ini, sebab itu saya datang,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Senada dengannya, Nongnut Bonkeaw, 49, dari Kampung Baru Naka berkata menjadi hak warganegara Malaysia untuk memilih pemimpin yang boleh mentadbir dengan baik sepanjang tempoh lima tahun berkhidmat bagi masyarakat setempat.

Nongnut berkata satu undi daripadanya mampu menjadi penentu masa depan anak cucunya terutama bagi memastikan masyarakat Siam berjaya dalam bidang pendidikan.

Seramai 28,586 orang pemilih layak mengundi bagi DUN Pedu yang membabitkan 51 saluran mengundi. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad