web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan Tidak Pinggirkan Kelantan, Terima Peruntukan Tertinggi - PM

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2023 2:42PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan delegasi antarabangsa pada Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-36 di Kuala Lumpur, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan Kelantan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata berdasarkan fakta, Kelantan sebenarnya adalah negeri yang menerima peruntukan tertinggi daripada kerajaan Persekutuan.

“Malah, semua pandangan dan cadangan yang penting daripada kerajaan negeri seperti tebatan banjir, isu air dan pembangunan negeri, saya terima dan komited untuk selesaikan.

“Ini pandangan (Kelantan dipinggir) tak ikut fakta, malah saya nak ulang, peruntukan kerajaan (kepada Kelantan) sekarang lebih banyak daripada sewaktu PAS dan Bersatu dalam kerajaan, itu cukup (sebagai bukti) … semasa dia (PAS) dalam kerajaan sibuk soal lain,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-36 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan media mengenai dakwaan Penolong Setiausaha Agung PAS Mohd Syahir Sulaiman dalam sesi debatnya bersama Menteri Ekonomi Rafizi Ramli malam tadi, bahawa negeri itu tidak pernah merasai nikmat ‘federalisme’ akibat pimpinan negeri berbeza dengan persekutuan.

Anwar berkata kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS, termasuk pemimpin muda seperti Syahir, seharusnya lebih berani membetulkan masalah dalaman selain memberi cadangan yang baik untuk pembangunan negeri itu. 

Sementara itu, mengulas laporan media mengenai keputusan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P. Ramasamy melepaskan semua jawatan dalam DAP dan mengumumkan keluar daripada parti itu hari ini, Pengerusi PH itu berkata beliau akan mendapatkan pandangan sebenar Ramasamy berkenaan keputusannya itu.

“Dia sahabat saya, saya akan dapatkan pandangan dia, dia faham desakan dan keadaan kita... mungkin ada beberapa masalah khususnya parti (DAP).

“Tapi saya harap dia (masih) main peranan konstruktif membantu kerajaan dengan pendekatan MADANI ini,” katanya.

Media hari ini melaporkan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai itu sudah mengutus surat bagi tujuan melepaskan jawatannya kepada Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow, masing-masing pada pukul 8.24 dan 8.25 pagi ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan