web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Calon BN Atau Calon PH, Semua Itu Calon Saya' - Anwar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2023 8:30AM

Anwar Ibrahim (tengah) memperkenalkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu Azan Ismail pada Ceramah Jelajah Perpaduan MADANI

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA BERANG - Permuafakatan yang jitu antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membolehkan gabungan itu mengekalkan kepimpinan di peringkat pusat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata perkara itu dibuktikan apabila beliau selaku Pengerusi PH  dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN sama sekali tidak bersikap selektif untuk hanya turun berkempen memenangkan calon masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri. 

"Calon PH adalah calon saya. Calon BN adalah calon saya. Saya bersikap begitu. Sebab itu di mana calon PH dan BN bertanding, saya akan turun kempen. Ahmad Zahid pun sama.

Kami tidak memilih. Kerana kita nak muafakat (antara PH dan BN) betul-betul kuat sebab dengan bersatunya PH dan BN, kita boleh sapu bersih Malaysia ini," katanya sewaktu berucap dalam siri ceramah di program Jelajah Perpaduan MADANI di Bilik Gerakan Utama Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, di sini malam ini. 

Anwar Ibrahim bersalaman bersama para hadirin pada Program Ceramah Jelajah Perpaduan MADANI di Kampung Telemong
Anwar Ibrahim bersalaman bersama para hadirin pada Program Ceramah Jelajah Perpaduan MADANI di Kampung Telemong

Pada masa sama, Anwar sekali lagi sekeras-kerasnya menyangkal sentimen dimainkan pembangkang bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau hari ini adalah kerajaan anti-Islam. 

"Dia kata kita DAP. Saya ikut apa? Dia (DAP) ada 40 ahli Parlimen. Cina (pengundi Cina) sokong dia. Kita kerjasama lah dengan dia. Bukan kita ikut dia.

Saya bos (Perdana Menteri). Ahmad Zahid pula Timbalan Perdana Menteri. Tidak mungkin UMNO nak khianat. Bagaimana sekali pun orang kritik, UMNO masih pertahankan prinsip Melayu dan Islam," katanya.  - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad