web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Apa Yang Boleh Mereka Lakukan? Reezal Merican Tak Gentar Kekalahan PRU15

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2023 1:23PM

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ketika menyantuni pengundi di kawasan DUN Bertam pada kempen PRN Pulalu Pinang. gambar Team Media Reezal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS – Pada Pilihan Raya Umum (PRU 15), untuk pertama kali kerusi Parlimen Kepala Batas jatuh di tangan PAS, apabila penyandangnya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ditewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Siti Mastura Mohamad.

Reezal, yang juga bekas Menteri, kini calon gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional yang bertanding di Kawasan Dewan Undangan Negeri Bertam, bawah Parlimen Kepala Batas.

Beliau berkata, tindakannya bertanding di kerusi DUN berikutan tidak mahu melihat Kepala Batas yang disayanginya kerugian jika semua kerusi DUN terlepas kepada pembangkang.

“Sejak pencabar saya menang, apa yang sudah dicapai oleh pembangkang untuk kawasan berkenaan?

“Mereka tidak boleh buat banyak kerana mereka bukan sekutu dengan kerajaan negeri,” katanya.

Selepas berfikir panjang, beliau membuat keputusan untuk bertanding di kerusi DUN bagi memastikan ia mempunyai wakil rakyat yang datang daripada pentadbiran yang sama di peringkat negeri dan Persekutuan.

Reezal, yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, dianggap sebagai anak didik bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang sebelum ini Ahli Parlimen Kepala batas dari 1978 hingga 2013.

Ketika bercakap dengan pengundi Cina semalam, Reezal berkata, beliau mempunyai banyak rancangan untuk meningkatkan tahap kehidupan penduduk setempat, yang boleh dilaksanakan jika beliau memenangi kerusi Kepala Batas.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, Reezal menentang penyandang kerusi dari PN, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq.

Katanya, jika menang kelak, beliau sekurang-kurangnya  mampu membawa lebih perhatian kerajaan negeri ke kawasan berkenaan, yang sebahagian besar terbabit dengan penanaman padi.

Jangkaan ramai, Pulau Pinang akan kekal bawah pentadbiran PH-BN pada PRN ini, kecuali berlaku perubahan luar jangka dalam kalangan pengundi bukan Melayu ke pihak lawan.

Justeru, beliau berkata, adalah lebih baik untuk kerusi DUN di Kepala Batas selaras dengan kerajaan PH-BN terutama di peringkat Persekutuan.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying, berkata semua 19 calon parti itu bagi PRN negeri berkenaan sudah diarahkan untuk menggiatkan usaha mendekati pengundi dan menekankan kepentingan untuk mereka keluar mengundi.

“Jangan ambil mudah bahawa PH-BN akan menang. Kita mahukan majoriti yang besar untuk mencerminkan kita serius dalam pembinaan negara,” katanya.

Jumlah pengundi yang ramai keluar mengundi perlu untuk mencapai hasrat berkenaan, katanya.

Lim yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, berkata pengundi tidak seharusnya termakan penipuan yang digunakan pembangkang. -Getaran, 9 Ogos 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan