web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN: Tangguh Kempen Jika Ada Gejala Covid-19 - Menteri 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2023 7:21PM

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa (kanan) beramah mesra dengan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan, Papati Chinapan (tengah) ketika program Ziarah Kasih di Kampung Pachitan, Port Dickson hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Calon dan jentera parti dinasihat menangguhkan seketika kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) jika dikesan mengalami gejala COVID-19 bagi mengekang penularan jangkitannya dalam komuniti.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata semua pihak terlibat pada pilihan raya kali ini perlu mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan jangkitan silang (cross infections) yang akan menyumbang kepada kenaikan kes COVID-19. 

"Walaupun tiada SOP yang terperinci untuk penjagaan COVID-19 pada PRN ini kerana wabak itu menunjukkan penurunan dan bukan lagi kecemasan kesihatan global seperti yang diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), namun kes masih ada walaupun sangat rendah. 

"Sehubungan itu orang ramai diminta berjaga-jaga sekiranya ada simptom, pakai pelitup muka dan menjaga kebersihan diri, itu prosedur yang amat digalakkan," katanya ketika ditemui semasa program Ziarah Kasih di sekitar Kampung Pachitan, di sini hari ini. 

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan SOP bagi pesakit COVID-19 untuk hari pengundian pada Sabtu ini. 

SPR menetapkan PRN di Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang, serta Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan hari pengundian Sabtu ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Kebakaran Flat Sri Sabah Ditempatkan Di Rumah Transit Khamis Ini - Zaliha

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar