web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Laporan Polis Babit 3R Diterima Setakat Ini - Polis Terengganu

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2023 4:06PM

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan (tengah) pada sidang media mengenai perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Terengganu, hari ini. gambar Ana Maria Yusof

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Tiada ada sebarang laporan polis yang diterima melibatkan isu 3R (agama, kaum, raja) iaitu sepanjang tempoh  berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu. 

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, setakat ini polis hanya menerima satu laporan melibatkan perbuatan khianat seperti merosakkan bendera dan menconteng poster. 

“Setakat ini di Terengganu, tiada lagi kes melibatkan isu 3R yang dilaporkan dan disiasat. Jumlah keseluruhan laporan diterima adalah 232, membabitkan kes merosakkan bendera dan menconteng poster,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPK) Terengganu di sini. 

Menurut beliau, 10 kes sudah dibuka, manakala tujuh lagi kes sudah dihantar ke Pegawai Pendakwaan Negeri. 

“Tiga kes lagi masih dalam siasatan,” katanya. 

Mazli memberitahu, setakat ini masih tiada tangkapan dibuat oleh polis berhubung semua kes berkenaan.

Ditanya mengenai laporan polis terhadap calon pula, beliau berkata hanya satu laporan diterima melibatkan seorang calon PAS di sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu. 

 “Siasatan ke atas calon itu dibuat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah. 

"Siasatan masih lagi berjalan, setakat ini kita sudah memanggil pengadu, suspek dan saksi yang terlibat. 

"Kita jangkakan siasatan akan selesai dalam masa beberapa hari lagi," katanya. - Getaran, 8 Ogos 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Video & Galeri 6 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar