web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PH-BN Optimis Tawan 19 Kerusi DUN Kedah – Saifuddin Nasution

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 8:43PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yakin mampu menawan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini dalam usaha untuk mentadbir negeri itu.

Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keyakinan itu berdasarkan sambutan pada hujung minggu pertama kempen serta dari segi gerak kerja jentera dan peluang untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Kedah.

"Selepas ini, saya akan ke DUN Ayer Hangat dan Kuah di Langkawi memandangkan kedua-dua DUN tidak berada dalam radar potensi kemenangan parti pada awalnya kerana sebelum ini, kita lebih beri tumpuan di Sidam, Bakar Arang, Lunas, Bukit Selambau dan Kulim.

"Tetapi berdasarkan laporan semasa selepas habis minggu pertama berkempen, semua petunjuk memaparkan bahawa dua DUN ini antara yang berpotensi menyumbang kepada kemenangan," katanya kepada pemberita selepas menyantuni peniaga dan masyarakat di sini hari ini.

Kedah memiliki 36 kerusi dengan kedudukan sebelum pembubaran DUN Kedah menyaksikan PN menduduki 20 kerusi (PAS-14, Bersatu-6); PH memiliki 10 kerusi (PKR-5, Amanah-3, DAP-2); BN memenangi dua kerusi (UMNO-2) dan Pejuang (2).

Dua lagi  DUN kosong apabila wakil rakyat Gurun daripada PKR iaitu Datuk Johari Abdul mengosongkan kerusinya pada 18 Dis tahun lepas apablia dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat manakala ADUN Belantek Datuk Mohd Isa Shafie meninggal dunia pada 14 Jun lepas.

Saifuddin Nasution juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Pengerusi PH, dijangka berada di Kedah untuk kempen finale terakhir sempena PRN pada 11 Ogos ini.

"Semalam, saya telah menghubungi  Datuk Seri Anwar dan beliau telah bersetuju untuk masukkan kempen finale akhir PRN di Kedah pada 11 Ogos dalam jadualnya… kita akan berkempen di dua lokasi iaitu di Alor Setar dan Sungai Petani,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad