Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dr Muhammad Faiz keluar BERSATU, kecewa dengan kepimpinan

Politik Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 2:14PM

Dr Muhammad Faiz Na'aman melepaskan jawatan MPT BERSATU dan keluar parti. - gambar fail

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kecewa dengan kepimpinan BERSATU yang dikatakan sering mengabaikan suara akar umbi, mendorong Dr Muhammad Faiz Na'aman melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu berkuatkuasa serta merta.

Beliau yang juga mengumumkan berhenti daripada parti berkenaan, mengutuskan surat rasmi kepada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini, bagi menyatakan keputusannya itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr Muhammad Faiz berkata, sedikit demi sedikit beliau melihat BERSATU telah terpesong daripada objektif awal kononnya untuk menggantikan UMNO dengan memberi lebih ruang kepada ramai orang muda dan muka-muka baharu terutama yang mempunyai latar belakang yang bersih, kelulusan akademik yang dihormati serta mereka yang setia dengan parti dari awal.

Beliau berkata, kepimpinan BERSATU juga seringkali mengabaikan suara akar umbi, pengasas awal dan teguran jentera bawahan menyebabkan parti itu mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Katanya, sejarah itu juga dilihat bakal berulang dalam PRN enam negeri terutama untuk kerusi-kerusi BERSATU dalam PRN Selangor ketika ini.

“Pemilhan calon-calon yang berat sebelah kepada pihak “kartel” tertentu serta calon-calon bidan terjun baru dijadikan ahli parti hanya semata-mata untuk dipertandingkan dalam PRN Selangor menyebabkan terjadi pemberontakan lebih kurang sembilan Bahagian-Bahagian BERSATU di Selangor.

“Hingga terdapat insiden membakar bendera Perikatan Nasional (PN) secara terbuka sebagai tanda protes akar umbi terhadap percaturan Jawatankuasa Pemilihan atau Saringan Calon yang bertanggungjawab terhadap penamaan calon-calon PRN tersebut tanpa mengambil kira sentimen penerimaan pihak Bahagian dan jentera di lapangan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dr Muhammad Faiz berkata, kelemahan Lembaga Disiplin parti itu juga yang dilihat lambat dan banyak kerenah menyebabkan watak-watak yang keluar dan mengkhianati parti dalam Pilihan Raya Umum – 15 (PRU15) namun kembali mendakwa masih menjadi ahli parti untuk dipilih menjadi calon dalam PRN kali ini.

Justeru, beliau berkata, tidak menghairankan jika BERSATU tidak lagi menjadi wadah tumpuan penghijrahan individu daripada parti-parti lain atau menjadi sasaran kemasukan anak-anak muda serta orang baharu dalam politik memandangkan kerapuhan sistem pengurusan keahlian.

Katanya, MPT pula seringkali hanya menjadi tempat taklimat keputusan dan tindakan yang telah dibuat terlebih dahulu oleh Biro Politik, sehingga tiada usaha jelas untuk pengkaderan bagi mewujudkan barisan kepimpinan parti yang berkualiti demi masa depan parti.

“Lebih memalukan sekarang BERSATU hakikatnya makin tidak dihormati malah ada permintaan dan keputusan rundingan tidak diendahkan oleh parti rakan komponen yang terkuat dalam PN apabila mereka tahu bahawa BERSATU makin lemah dari segi kepimpinan dan pengaruh akibat terlalu banyak percaturan politik dalaman dan watak-watak yang tidak dihormati masyarakat luar diangkat menjadi pemimpin sama ada di peringkat Pusat, Negeri atau Bahagian dalam parti,

“Sebagai seorang yang sejak dari awal tanpa segan menisbahkan diri dengan istilah Nasionalis Moderat, saya agak kecewa BERSATU kurang menekankan mengenai roh asas ideologi perjuangan dalam kalangan pemimpin dan akar umbi parti, hingga ada pihak-pihak yang baru menyertai parti BERSATU cuba membawa mentaliti serta budaya lama daripada wadah mereka yang terdahulu.

“Ini sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan mengenai DNA dan aspirasi sebenar BERSATU dalam persada politik tanah air kerana BERSATU sepatutnya giat mempromosikan kesederhanaan yang berpaksikan Rukun Negara dan semangat kebangsaan pro rakyat marhaen dengan menjarakkan diri daripada kelompok ultra Melayu, ultra liberal atau ekstremis agama,” katanya.

Pada masa sama, Dr Muhammad Faiz turut memohon maaf atas segala kata-kata, tuduhan dan label terhadap pihak yang dikritik  selama beliau berpolitik bersama-sama BERSATU, selain ingin membuka lembaran buku baharu kehidupan sempena penghijrahannya tanpa menoleh ke belakang.

“Saya harap kita boleh mengamalkan politik matang berdasarkan rasional, fakta, realiti dan keutamaan dalam membentuk masyarakat yang adil, cerdik menilai dan tidak taksub dengan individu yang tidak maksum demi membina kembali negara majmuk milik segenap warganegara Malaysia yang tercinta ini.

“Kepada rakan-rakan yang masih berjuang dengan ikhlas dalam BERSATU dan keluarga besar PN saya hormati pendirian serta semangat kalian.

“Ukhwah yang pernah terbina antara kita insan ini insya-Allah tidak akan terputus walaupun mungkin suatu hari nanti kita telah berlainan wadah.

“Kita mungkin ada perbezaan pendapat dan pendekatan, namun tetap masih boleh dicari titik persamaan dalam perihal memajukan bangsa dan negara,” katanya.

Sementara itu, dalam surat yang diutuskan kepada Muhyiddin, Dr Muhammad Faiz  menjelaskan bahawa keputusannya itu adalah secara sukarela dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

Beliau berkata, keputusan berkenaan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak serta dibuat secara sukarela dan berdasarkan prinsip manakala beliau tidak boleh lagi mewakili kepimpinan parti kerana berbeza pendapat, idea serta visi mengenai pengurusan serta hala tuju BERSATU. – Getaran. 7 Ogos 2023

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 11 jam yang lalu

Perkampungan Sunnah Dapat Sambutan Hebat - Mufti Perlis

oleh Diyana Nawwar

Semasa 23 jam yang lalu

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mampu Dilaksana Menerusi Kawalan Pengurusan Kewangan Kerajaan - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Harumanis Tiruan Tak Jejas Pasaran Baka Asli Perlis

oleh Rafisqi Radhi