web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ada Perangkap Penyebab Sanusi Tak Datang Ceramah? 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 4:40AM

Muhammad Sanusi Md Nor - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Program Jom Pakat Pi Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) Bersama Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Padang Awam, Taman Ria dekat Sungai Petani, Kedah malam tadi, akhirnya berlangsung tanpa kehadiran Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu. 

Ketidakhadiran Muhammad Sanusi diumumkan pada penghujung program oleh penceramah terakhir iaitu Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik beliau. 

Menurut Afnan, Muhammad Sanusi tidak dapat hadir untuk berceramah setelah dinasihatkan pihak tertentu, kerana terdapat perangkap didakwa sedang dipasang musuh terhadap bekas 'bosnya' itu. 

"Pagi tadi MB mesyuarat di Kuala Lumpur, mesyuarat penting. Dalam mesyuarat tersebut dibincangkan beberapa perkara besar dan daripada situ, dinasihatkan beliau tidak meneruskan ceramah malam ini kerana ada perangkap-perangkap dipasang musuh. 

"Perangkap itu mengkehendaki MB kita masuk ke dalamnya, 'dipegang' dan dibuat sesuatu yang kita tak jangka. Jadi waktu-waktu ini kita kena bersedia dengan segala kemungkinan. 

"Saya dah sebut tadi, sehari dua ini akan berlaku macam-macam benda yang dahsyat. Tuan-tuan kena bersedia dari sudut menjaga kubu dan yang kedua kena ingat, kemenangan ini tuhan bagi maka jangan tinggal solat hajat, doakan keselamatan MB, calon-calon kita dan semua orang sebab pergantungan dengan Allah inilah yang akan menentukan kemenangan 12 Ogos nanti," katanya. 

Kelmarin Muhammad Sanusi turut tidak hadir ke Program Sembang Santai di Taman Serai Wangi dekat Padang Serai kira-kira pukul 5 petang. 

Ketua Pemuda Pas Kedah, Nasrun Othman ketika berada di pentas memaklumkan, Muhammad Sanusi sebenarnya sudah datang separuh jalan ke Padang Serai, namun disebabkan isu keselamatan yang merisaukan dan serius, maka beliau tidak dapat hadir ke majlis tersebut. 

Terdahulu dalam ceramah sama, Afnan meminta rakyat agar tidak terkejut kerana dalam tempoh empat atau lima hari ini dakwanya, akan berlaku perkara lebih besar dan dahsyat. 

Dakwanya, ketika ini pihak tertentu sedang mencari kaedah untuk 'memegang' Muhammad Sanusi yang boleh mengenakan satu tuduhan atau persepsi, menyebabkan rakyat menolak sekaligus mendatangkan kekalahan buat PN serta kemenangan buat PH. 

"Tuan-tuan jangan terkejut dalam tempoh empat atau lima hari ini akan berlaku benda lebih besar dan dahsyat dari sebelum ini. Fitnah-fitnah sedang direkayasa, dicipta, dicerakinkan dengan tatakelola, wewenang... 

"Dia tugaskan untuk jatuhkan Muhammad Sanusi kepada seorang Menteri Hal Ehwal Sanusi. 'Depa' panggil dia 'Pudin' dan dia bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baharu hari itu (PRU-15), kalah," katanya.  - Getaran, 7 Ogos 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kaitan Cadangan MoF Lelong Perkampungan Tok Senik

2

Politik 2 tahun yang lalu

Cabaran Besar Buat PN Untuk Pertahan Sungai Bakap - Sanusi

3

Sukan 2 tahun yang lalu

KDA FC Sudah Terima RM16 Juta Dari KFA Sejak Ditubuhkan - Sanusi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kedah Agro Tamat Operasi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan