web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kembalikan Matlamat Asal Penubuhan SBP, MRSM - Syed Saddiq

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2023 9:12PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Kerajaan diminta menyemak semula fungsi dan matlamat asal penubuhan sekolah berasrama penuh (SBP) dan premis lain yang setaraf, termasuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, perkara itu perku diperhalusi dengan baik bagi memastikan pendidikan golongan pertengahan terbela.

Menurut beliau, fungsi sebenar SBP dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) harus dikembalikan.

"Sebab itu dalam bab ini, kalau kita kembalikan semula fungsi utama SBP dan MRSM, kalau kita nak tambah, tambah sistem sekolah-sekolah tersebut kita akan dapat bantu anak-anak daripada keluarga susah dan miskin tidak kira agama dan bangsa.

"Masalahnya apabila sekolah ini sangat berjaya, akhirnya mereka yang datang daripada latar belakang keluarga senang mengambil tempat mereka yang mungkin datang daripada keluarga yang susah," katanya sidang media mengenai hala tuju pendidikan negara khususnya untuk golongan memerlukan.

Jelas Ahli Parlimen Muar itu, pembinaan sekolah baharu tidak berupaya menyelesaikan masalah berkenaan memandangkan di negara ini sudah ada sekolah yang dibina dengan fungsi yang sama.

Fungsi dan matlamat asal penubuhan SBP serta MRSM perlu dikembalikan - gambar hiasan
Fungsi dan matlamat asal penubuhan SBP serta MRSM perlu dikembalikan - gambar hiasan

Apa yang mendatangkan masalah katanya, ialah apabila pemilihan untuk kemasukan ke setiap sekolah terlibat tidak dikendalikan secara wajar dan sistematik.

"Sebab itu fokusnya adalah M40 dan B40 bukan sekadar 'ohh ibu bapa saya merupakan alumni sekolah ini, dengan itu saya perlu diberikan prioriti'. Itu adalah tidak adil.

"Jangan hanya kerana saya datang daripada keluarga yang kaya dan saya dapat keputusan akademik yang baik (kita diterima masuk) tetapi realitinya mana mungkin kita bandingkan perkara tersebut dengan anak-anak petani dan nelayan yang perlu ikut ibu bapanya bekerja setengah hari lepas itu balik ke rumah, tiada elektrik, tiada internet.

"(Tetapi) kita harapkan dapat keputusan akademik yang sama dengan anak-anak keluarga kaya yang boleh hantar anak-anaknya ke sekolah swasta, boleh pergi kelas tambahan dan lain-lain lagi," katanya.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dipetik sebagai berkata, kementerian itu akan berusaha untuk memastikan sekolah khas bagi pelajar golongan miskin dapat dibuka dan beroperasi tahun hadapan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat memperkenalkan sekolah khas untuk anak golongan asnaf di negara ini supaya tidak keciciran dalam arus pendidikan.

Fadhlina berkata, operasi sekolah khas itu antara lain akan mempunyai hala tuju serta mekanisme yang jelas bagi memastikan pelaksanaannya benar-benar berjaya meningkatkan taraf pendidikan anak-anak terbabit. - Getaran, 6 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

3

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana Armada: Syed Saddiq Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta, 2 Sebatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 22 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad