web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beraksi Di Pentas Baharu, Altimet Akui Alah Bisa Tegal Biasa

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 8:42PM

Altimet kini beralih ke pentas politik sebagai calon PH di Lembah Jaya. - gambar Azlan Hadi Abu Bakar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG -- Altimet, nama yang tidak asing di dalam dunia seni kini sudah beralih ke kancah politik apabila tercalon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai calon Pakatan Harapan (PH).

Berbekalkan pengalaman dan bakat yang diraih ketika menjadi penyanyi, pemilik nama Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 44, bertanding di DUN Lembah Jaya pada PRN Selangor, 12 Ogos nanti.

Beliau berharap dapat membawa manifesto dan juga visi dengan lebih jelas untuk diterima rakyat dan juga pengundi.

"Saya bersyukur dengan pengalaman saya sebagai anak seni kerana banyak mempersiapkan diri dan memberi kemahiran untuk menghadapi fasa ini dalam hidup saya.

"Ada perbezaan dan juga ada persamaan, kalau kita lihat pada asasnya dua-dua adalah cuba mempromosi atau memasarkan sesuatu.

"Kalau dalam pentas seni kita memasarkan persembahan atau lagu, kalau dalam politik ini kita memasarkan satu manifesto, visi atau tawaran," katanya ketika ditemui Getaran ketika sesi ramah mesra bersama pengundi di DUN Lembah Jaya pagi tadi.

Altimet ketika menyantuni penyokong dan pengundi di Lembah Jaya, pagi tadi. - gambar Azlan Hadi Abu Bakar
Altimet ketika menyantuni penyokong dan pengundi di Lembah Jaya, pagi tadi. - gambar Azlan Hadi Abu Bakar

Tetap berasa gemuruh ketika berada di atas pentas, Altimet berkata perasaan itu tidak dapat dielakkan meskipun pentas boleh dikatakan sebagai 'taman permainan' bagi dirinya.

Kebiasaan menyanyi dan membuat persembahan di atas pentas jelas berbeza dengan dunia politik apabila kini beliau perlu menyampaikan ceramah dan juga berucap di hadapan pengundi.

"Saya masih baru dalam dunia politik, jadi saya lebih gemuruh di sini. Terus terang rasa gemuruh itu lebih kurang macam saya mula-mula bergerak atas pentas. Sebab saya bukanlah seorang yang extrovert, saya seorang yang introvert.

"Antara perbezaan yang sangat ketara untuk saya ialah apabila saya di atas pentas dan pegang mikrofon, saya selalu menunggu lagu, jadi bila ada lagu, saya rasa lebih selesa sebab bertahun-tahun bila atas pentas sahaja mesti ada muzik di belakang.

"Jadi bila sekarang, kadang-kadang orang tengok saya berucap itu dan saya nampak macam saya gemuruh itu sebab tengah tunggu lagu tu.

"Tapi Insyaallah dan Alhamdulillah, kalau kita cukup berlatih akan jadi biasa dan makin lama akan jadi biasa dan jadi makin selesa," katanya.

Altimet ketika beramah mesra dengan penduduk di Lembah Jaya, pagi tadi. - gambar Azlan Hadi Abu Bakar
Altimet ketika beramah mesra dengan penduduk di Lembah Jaya, pagi tadi. - gambar Azlan Hadi Abu Bakar

Bercakap mengenai ruang privasi keluarganya, Altimet berkata beliau akan tetap dengan pendekatan untuk tidak berkongsi mengenai mereka.

Beliau menambah, pendirian itu daiambil bagi mengelakkan sebarangan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada ahli keluarganya.

"Saya rasa terus akan polisi ini dengan saya tidak berkongsi gambar-gambar keluarga saya. Apa yang telah saya lakukan dulu ketika bergelar anak seni, saya akan teruskan juga dalam dunia politik

"Pembabitan dalam politik adalah satu keputusan saya, jadi jika saya libatkan mereka, itu tidak adil sebab mereka tidak memilih untuk berada dalam keadaan ini.

"Mereka mungkin akan berhadapan dengan kecaman, kritikan yang negatif, jadi saya tidak mahu benda-benda itu berlaku. Biarlah saya seorang yang menghadap benda-benda ini," katanya.

Beliau yang juga komposer dan penulis lirik, sebelum ini telah mengumumkan pengunduran dalam bidang seni sebagai penyanyi dan telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun lalu bersama rakan artisnya, Datuk Afdlin Shauki manakala Datuk Hans Isaac menyertai parti sama pada tahun 2020.

Pada PRU ke 15 lalu, Altimet mencipta sebuah lagu berjudul Aduh Malaysia yang menjadi siulan buat penyokong-penyokong tegar PH ketika itu.

Altimet mencipta lagu itu dengan mengubah lirik asal Ali Baba dengan 40 Penyamun dan dilancarkan sendiri di pentas politik pada program Rapat Mega PKR 2022 di Ampang.

Lagu itu kemudian menjadi tular sepanjang kempen PRU15 dan digunakan oleh pemimpin serta jentera PH untuk dijadikan sebagai bahan kempen. - Getaran, 5 Ogos 2023.

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Caj Melampau & Terima Ugutan, Pengguna Media Sosial Bimbang Keselamatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Warga China Dikenal Pasti Anjur Pesta Dadah Di Hotel Kuala Lumpur

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Azam Baki Beri Keterangan, Nafi Ugut Ahli Perniagaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: ‘Tolong Ambil Tindakan Tegas Terhadap Suspek’ - Bapa Mangsa

oleh Sophia Ahmad