web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: Apa Rakyat Kedah Mahu?

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 12:20PM

Kedah antara enam negeri yang sedang melalui proses Pilihan Raya Negeri (PRN) - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI -- Kestabilan politik, pembangunan infrastruktur serta peningkatan sosioekonomi yang seimbang menjadi antara keperluan utama yang ditagih pengundi di Kedah daripada mana-mana parti politik yang akan mentadbir negeri ini selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.

Beberapa pengundi yang ditemui Bernama meluahkan harapan agar pentadbiran kerajaan negeri nanti dapat dilakukan secara efisien dan diselaras sebaik mungkin dengan kerajaan Persekutuan.

Pengusaha industri kecil dan sederhana Zarina Abdullah, 58, berpendapat isu kemudahan asas termasuk bekalan air masih belum diselesaikan dan memberi kesan kepada kehidupan rakyat khususnya golongan peniaga.

“Sebagai peniaga kecil-kecilan, saya bersyukur menerima bantuan menerusi peruntukan kerajaan pusat untuk perniagaan makanan tetapi masalahnya di negeri ini, kita ada masalah bekalan air.

“Masalah bekalan air ini sedikit sebanyak menjejaskan operasi perniagaan saya,” katanya.

Ibu tunggal Faridah Hamzah, 59, berharap kerajaan negeri nanti berusaha memastikan kestabilan politik dan mengukuhkan ekonomi untuk masa depan negeri yang lebih baik serta menjadi lebih maju seiring negeri jiran, Pulau Pinang.

"Kita sudah tidak mahu duduk dalam kesusahan lagi. Sudahlah Kedah ini negeri kedua termiskin sekarang ini (dari segi pendapatan perkapita). Sesiapa juga yang dipilih nanti tolonglah bawa pembangunan untuk masa depan cucu-cucu kami," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Mujibu Abd Muis berkata segala rungutan yang disuarakan pengundi di Kedah itu berasas dan merupakan manifestasi bahawa perlunya sebuah pentadbiran negeri yang mampu bergerak seiring dengan kerajaan Persekutuan agar pembangunan boleh diselaras dengan berkesan.

"Rungutan-rungutan rakyat itu adalah manifestasi kalau mahu selesai, kalau sekurang-kurangnya tak dapat samakan parti dengan Persekutuan, orang Kedah boleh pilih parti yang selari atau kalau nak undi nanti jangan pilih orang yang kontroversi untuk jadi Menteri Besar,” katanya.

Menurut Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu lagi, populariti sahaja tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu sebagai pemimpin berkualiti dan pengundi di Kedah perlu bersederhana dalam memilih pemimpin dan tidak terpengaruh dengan sentimen semata-mata.

Turut senada dalam perkara itu ialah Pensyarah Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Cawangan Kedah Firdaus Ramli yang berpendapat rancangan pembangunan di negeri ‘Jelapang Padi’ itu mampu dilaksanakan secara berkesan tanpa dipengaruhi perbezaan ideologi politik sekiranya pendirian kerajaan Persekutuan dan negeri seiring.

"Perbezaan pendirian antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam agenda dan rancangan pembangunan akan menyebabkan ia terbantut atau tidak dapat dilaksanakan secara berkesan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad