web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Tak Langgar Peraturan Pun’, Zahid Pertahan Pencalonan Hasnal Rezua

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 7:53AM

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAWANG --Tiada peraturan yang menghalang pencalonan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Hasnal Rezua Merican Habib Merican bagi mewakili Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor. 

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah menyemak perkara berkenaan dengan para peguam berhubung pencalonan Hasnal Rezua Merican.

“Tidak ada satu pun peraturan yang menghalang (pencalonan itu) dan saya telah rujuk dengan peguam-peguam kita,” katanya pada program ceramah kempen PRN DUN Kuang di Bandar Tasik Puteri, di sini malam ini.

Hasnal Rezua Merican dicalon untuk mewakili BN bagi merebut kerusi DUN Kuang berhadapan dengan penyandang kerusi itu, Sallehudin Amiruddin (Bebas) dan Mohd Rafiq Abdullah (PN-Bersatu).

Ahmad Zahid berkata  sebagai produk yang dilahirkan oleh Suhakam selain Hasnal Rezua Merican sendiri adalah seorang pengamal undang-undang dan beliau berpendapat tokoh sebeginilah yang harus disokong bukan sahaja oleh pengundi DUN Kuang, tetapi juga harus didokong oleh badan profesional berkenaan.

Namun katanya, mengikut etikanya lebih sesuai Hasnal Rezua Merican untuk mengundur diri daripada Suhakam bagi menumpukan perkhidmatan beliau kepada penduduk di Kuang.

Mengenai prestasi kempen parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan di enam negeri yang terlibat dengan PRN,  Ahmad Zahid berkata beliau masih belum berpuas hati.

“Tempoh berkempen hingga 8 Ogos iaitu untuk pengundi awal dan daripada 8 Ogos hingga 12 Ogos, tempohnya adalah singkat tapi kita yakin kalau kita berpuas hati dari sekarang maka kita tidak akan bekerja,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau akan sekali lagi akan turun di enam negeri berkenaan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyantuni jentera dan para pengundi.

“Juga untuk pengundi berkenaan bagi kita menghidangkan beberapa perkara baharu sebagai pengubah keadaan untuk keenam-enam negeri ini, “ katanya.

PRN di Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos ini akan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, dengan pengundian awal ditetapkan pada 8 Ogos ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam