web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Undi Anda Boleh Hentikan Politik Kebencian – Nurul Izzah

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2023 4:40PM

Nurul Izzah Anwar - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH – Kira-kira 1.2 juta pengundi berdaftar di Pulau Pinang, diminta keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing pada 12 Ogos ini.

Ia susulan kebimbangan peratusan pemilih yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dikhuatiri rendah.

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Nurul Izzah Anwar, berkata adalah penting untuk menghantar mesej bahawa rakyat menolak politik kebencian dengan cara mereka keluar mengundi.

Beliau berkata, di mana saja di dunia ada saja golongan oportunis yang menggunakan penipuan dan fitnah kerana ia lebih mudah berbanding berkempen dengan berasaskan kebenaran.

“Ia terutama kebenaran kadang kala menyakitkan… tetapi ia perlu untuk memastikan bahawa rakyat tahu apa yang diperlukan untuk mereka bergerak maju,” katanya yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh Ketika berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto dan Pengenalan Calon-Calon Perpaduan di sini, malam tadi.

Nurul Izzah berkata, peratusan keluar mengundi yang rendah tidak produktif kepada pentadbiran sesebuah negeri yang berhasrat untuk mempamerkan kejayaan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri.

”Ia juga berkemungkinan melemahkan sentimen kebanyakan penduduk di sini yang bencikan taktik penipuan dan fitnah yang disokong pesaing PH,” katanya.

Beliau berkata, lebih mudah untuk menyebarkan pembohongan namun susah serta memerlukan keberanian untuk menyatakan kebenaran kerana ada masanya rakyat tidak menerima elemen yang boleh menggugat zon selesa mereka.

Sementara itu, Pengerusi DAP, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menggesa Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, mempertimbangkan mengisytiharkan tarikh 12 Ogos ini sebagai cuti umum bagi menggalakkan pemilih keluar mengundi.

Lim berkata, PH dan BN sudah menjanjikan banyak projek infrastruktur untuk mengurangkan kesesakan di seluruh negeri itu termasuk memperkenalkan projek transit aliran ringan dan jalan baharu serta lebih banyak pelaburan untuk meningkatkan ekonomi.

“Apa yang ditawarkan oleh pembangkang, selain memberitahu rakyat jika mereka menyokong kami, mereka akan ke neraka?” katanya. – Getaran, 2 Ogos 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam