web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan Tak Berat Sebelah, Berkhidmat Untuk Semua Kaum - Anwar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2023 7:41AM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan melambaikan tangan kepada penyokong ketika hadir pada ceramah Jelajah Perpaduan sempena PRN Selangor di Semenyih, Kajang malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMENYIH -- Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum di negara ini sebaliknya, semua inisiatif dan dasar yang diperkenal adalah bersifat inklusif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menempelak dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan bersikap berat sebelah, Anwar berkata bantuan serta inisiatif Kerajaan Perpaduan akan dinikmati segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa.

Beliau berkata meskipun wang kerajaan tidak banyak namun dengan tatakelola yang telus tanpa melibatkan kepentingan peribadi, ia dapat digunakan bagi membantu rakyat.

“Wang ada tetapi tak banyak… tetapi sebab kita tak sakau dan tak gunakan untuk kepentingan peribadi…masih ada rahmat dan berkat Allah SWT untuk kita guna bantu rakyat.

“Saya tegaskan sama ada anda suka atau tidak, anda sokong atau sebaliknya (Kerajaan Perpaduan) kami tidak akan mengubah pendirian untuk membantu setiap rakyat di negara ini,” katanya ketika berucap pada ceramah Jelajah Perpaduan sempena PRN Selangor di Semenyih, Kajang malam tadi.

Perdana Menteri berkata antara inisiatif menyeluruh untuk semua kaum di negara ini adalah usaha kerajaan dalam menoktahkan masalah golongan miskin tegar.

Beliau berkata bagaimanapun, ketika Kerajaan Perpaduan bersungguh-sungguh berusaha membantu rakyat terutama golongan miskin tegar, terdapat Ahli Parlimen PAS yang memperlekeh usaha itu.

“Ahli Parlimen PAS dakwa kita mana ada kerajaan boleh selesaikan masalah kemiskinan… mereka lupa dengan contoh pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz dalam dua tahun tiga bulan selesai miskin tegar.

“Saya amat keras dengan isu itu, sebab itu saya cakap tahun ini semua jentera kerajaan, menteri dan agensi mesti gerak kerja untuk henti dan noktahkan miskin tegar dalam negara ini,” katanya.

Anwar turut memberi jaminan Kerajaan Perpaduan akan memastikan bantuan kepada rakyat sentiasa bersifat inklusif dan tidak mengkhianati mana-mana kaum di negara ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar