web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Ambil Keterangan Wanita Olah Video Manipulasi Titah Sultan Perak

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2023 6:20PM

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam keterangan seorang wanita berhubung olahan satu klip video membabitkan titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah untuk digunakan sebagai bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama berkata wanita berusia 46 tahun itu hadir di Balai Polis Cyberjaya pada 2.30 petang tadi.

Beliau berkata PDRM menerima 24 laporan berhubung kes itu.

Terdahulu, tular klip video berdurasi dua minit 50 saat yang memetik sebahagian kecil titah baginda pada 2013 mengenai PAS.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin, dalam kenyataan semalam, memaklumkan video itu memetik sebahagian kecil titah Sultan Nazrin (yang ketika itu Pemangku Raja Perak) di Majlis Wacana Perpaduan Ummah bertemakan ‘Perpaduan Ummah; Harapan, Realiti dan Cabaran’ anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Feb 2013.

Justeru, Mohd Zahidi berkata Pejabat Sultan Perak telah membuat laporan polis pada Sabtu lepas berhubung tindakan wanita itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek