web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Calon MB Kelantan Diputus Selepas PRN – Ahmad Yakob

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2023 4:14PM

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU -- PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi Menteri Besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.

Timbalan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata setakat ini, pihaknya menumpu perhatian untuk berdepan pada PRN dan perkara berkenaan akan diputuskan dan disusun dengan terbaik selepas pilihan raya tersebut.

“Buat masa sekarang kita buka kepada rakyat dahulu untuk memilih calon (PRN) dan calon perlu mendapatkan keputusan dahulu (undi), dalam masa beberapa hari (selepas PRN) kita akan umum mereka yang layak.

“Tidak perlu bayangan siapa akan jadi calon, sebab semua layak (untuk jadi Menteri Besar). Exco layak, MB layak dan semua layak, tidak ada yang tak layak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas hadir merasmikan Majlis Pelancaran E-Wallet Kelantan Pay di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, dan Teknologi negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, menyatakan pencalonannya dalam PRN kali ini merupakan kali yang terakhir.

Ahmad berkata pencalonannya sebagai calon DUN Pasir Pekan itu memasuki penggal ketujuh dan sudah tiba masanya memberi laluan kepada calon lain yang lebih muda selepas ini.

Sementara itu, mengulas mengenai E-Wallet Kelantan Pay, Ahmad berkata penggunaan aplikasi itu diwujudkan bagi memudahkan proses dan mempelbagaikan kaedah pembayaran bagi orang awam, dan secara tidak langsung dapat meningkatkan perolehan serta kutipan hasil agensi negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Setakat ini beberapa agensi negeri dan PBT akan menggunakannya untuk menerima bayaran, termasuk Air Kelantan Sdn Bhd, Majlis Agama Islam Kelantan, Majlis Daerah, Yayasan Islam Kelantan, Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dan beberapa PBT lain yang dalam proses.

“Dengan adanya aplikasi ini, diharap lebih ramai rakyat Kelantan dapat memanfaatkannya untuk pelbagai tujuan, bukan sahaja bagi bayaran perkhidmatan kerajaan tetapi pembelian secara dalam talian, pembelian di restoran dan sebagainya,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar