web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PN Tak Layak Terima Undi Rakyat, Semuanya Produk ‘Copy Ori’ - Amirudin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2023 8:00AM

Amirudin Shari (kiri) berucap pada Majlis Pelancaran Tawaran Kita Selangor:5 Tekad Untuk 5 Tahun sempena PRN - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM -- Perikatan Nasional (PN) tidak layak diundi kerana parti itu hanya copy ori Gred C kepada Barisan Nasional.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, rakyat negeri itu perlu mengundi calon yang lebih tulen, berbanding memilih produk ‘palsu’.

Menurut beliau, calon copy ori didatangkan oleh PN hanya akan membawa Selangor ke lembah kesengsaraan.

“Realitinya, daripada perjalanan politik mereka ini, mereka hanyalah copy paste terhadap apa yang telah ada dalam negara kita. 

"(Parti) BERSATU mengaku suara Melayu, tak lain dan tak bukan hanyalah cuba meniru UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya, sambil disambut tepukan gemuruh dan laungan penyokong.

Amirudin menyatakan demikian ketika berucap melancarkan manifesto Kerajaan Perpaduan di Dewan Raja Muda Musa di sini, malam tadi.

i Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun Selangor mengandungi lima teras utama - gambar Facebook
i Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun Selangor mengandungi lima teras utama - gambar Facebook

Dikenali sebagai Tawaran Kita Selangor: Lima Tekad Untuk Lima Tahun Selangor, manifesto berkenaan bertunjang lima teras utama mencakupi aspek ekonomi, agama, perkhidmatan kerajaan, pembangunan dan kepentingan rakyat.

Semua tawaran tersebut akan dilaksanakan secara holistik dan sistematik sekiranya Kerajaan Perpaduan terus dipilih menerajui negeri berkenaan.

Mengulas lanjut, calon Kerajaan Perpaduan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua berkata, ‘gred’ dihasilkan PN untuk semua ‘produk’ mereka malangnya terlalu rendah dan tidak berkualiti.

Copynya bukan copy ori (premium), tapi gred C yang tak layak diberikan taraf dan juga kelayakan untuk memimpin.

“(Walaupun) PN adalah copy paste kepada BN, tetapi Kerajaan Perpaduan hari ini mengumpulkan sembilan belas parti dari seluruh pelusuk Malaysia.

“Ada parti yang berasaskan kaum tertentu, ada parti berbilang kaum, ada parti Sabah, ada parti Sarawak,” katanya.

Tegas Menteri Besar itu, beliau optimis modus operandi PN hanyalah meniru dan cuba menjadi ‘pendua’ kepada Kerajaan Perpaduan.

“Rakyat Selangor, pilihlah yang ori, buang yang palsu. Yang ori adalah daripada suara dan tekad perpaduan dalam negeri Selangor," tambahnya. - Getaran, 1 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

2

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar