web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN 2023: PN Yakin Bentuk Majoriti Mudah Di Selangor

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2023 5:07PM

Roslan Shahir Mohd Shahir - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM  - Perikatan Nasional (PN) yakin dapat membentuk majoriti mudah di Selangor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. 

Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata hasil dapatan kajian akhir PN mendapati undi Melayu akan berpihak kepada mereka. 

Beliau juga yakin sokongan pengundi di sekitar Lembah Klang akan memihak kepada PN. 

"Kita juga dapat kajian terakhir iaitu (ada) kebangkitan ataupun gelombang undi orang Melayu ini. Kalau dulu terhad sekitar Malay Belt, sekarang sudah merebak di tengah Lembah Klang. 

"Dengan keyakinan itu kita merasakan tidak mustahil untuk kita capai kemenangan di 29 kerusi (DUN) atau lebih lagi, " katanya dalam satu sidang media di sini hari ini. 

Roslan berkata, penggabungan Pakatan Harapan bersama Barisan Nasional merupakan satu kelebihan buat PN. 

Jelasnya, undi Melayu tidak akan pecah kepada tiga bahagian seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (ORU-15).

"Senang, sekarang kita ada straight fight. Orang tidak keliru lagi sebab jelas dah. Hanya PN lawan PH. 

"Kami tak nak over confident, tapi kami yakin dengan calon-calon kami. Kalau kami tak yakin kami boleh menang, calon pun kami tak letak, " katanya. 

Tegas Roslan, PN optimis mampu menawan kesemua kerusi DUN di keenam-enam Parlimen yang dikuasai blok tersebut.

"PN di Selangor menguasai Parlimen Kapar, Hulu Langat, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjong Karang.

"Bersandarkan faktor ini, kami yakin bakal menawan kesemua kerusi DUN di setiap Parlimen berkenaan," katanya.

PN dalam PRN kali ini bertanding di kesemua 56 kerusi DUN Selangor dengan harapan untuk merampas negeri itu dari kepimpinan Kerajaan Perpaduan. 

Mereka turut menampilkan beberapa nama besar seperti Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bertanding di DUN Hulu Klang. 

Ketua Wanita PN, Datuk Seri Rina Harun dan mantan Exco Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin pula masing-masing bertanding di DUN Batu Tiga dan DUN Taman Medan. - Getaran, 31 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

4

Gaya 6 bulan yang lalu

Magika Studios Tarikan Eko-Pelancongan Dan Edutainment Baharu Di Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad