web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Calon Jeram Padang Tak Patah Semangat, Tetap Terus Kempen

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2023 4:47PM

Ahli Parlimen Jempol Datuk Shamsulkahar Mohd Deli (dua, kiri) dan calon DAP Dewan Undangan Negeri (DUN) N8 Bahau, Teo Kok Seong (kiri) melawat calon Barisan Nasional (BN) DUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Pasir Besar-Palong pada awal pagi tadi. -- gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JEMPOL -- Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir yang patah kaki kiri selepas terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi tetap meneruskan kempennya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Mohd Zaidy berkata selepas dibenarkan keluar dari hospital nanti, beliau akan kembali bertemu rakyat secara bersemuka bagi memastikan misi kemenangan kerusi tersebut. 

"Pesanan saya kepada jentera BN di DUN Jeram Padang usah khuatir tentang diri saya, saya berada dalam keadaan yang stabil saat ini, teruskan bekerja, ikut strategi yang telah disusun untuk memastikan DUN ini kekal milik BN,” katanya ketika ditemui di Hospital Jempol hari ini. 

Beliau turut meminta jentera parti memberikannya sedikit masa dan ruang untuk berehat sebelum meneruskan jadual kempen seperti biasa, selain akan turun padang menggunakan kerusi roda ditemani isterinya.

Mohd Zaidy turut mendoakan kesihatan pembantunya Muhammad Khairul Ahnaf Baharom yang sedang dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. 

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab dalam kenyataan berkata kenderaan jenis Ford Ranger dipandu Mohd Zaidy dengan ditemani pembantunya itu dipercayai terbabas ketika dalam perjalanan dari Bahau ke Palong melalui Jalan Pasir Besar kira-kira 3 pagi tadi.

Mohd Zaidy berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri S. Surash pada PRN 12 Ogos ini.

Dalam pada itu, Surash dalam hantaran menerusi Facebooknya berkata beliau bergegas ke Hospital Jempol untuk melawat Mohd Zaidy selepas melakukan tinjauan mesra di Felda Palong 1 tengah hari tadi.

“Saya memberikan kata-kata semangat buat Datuk Mohd Zaidy agar cepat sembuh dan kembali berkempen. Walaupun kami berbeza parti politik, persahabatan kami tetap utuh,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang serta Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak, dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar