web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JAIS Larang Guna Surau Dan Masjid Untuk Kempen

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2023 4:06PM

Jabatan Agama Islam Selangor melarang calon Pilihan Raya Negeri menggunakan masjid dan surau sebagai lokasi berkempen.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menguatkan kuasakan larangan menggunakan surau dan masjid sebagai lokasi berkempen sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN). 

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata larangan itu adalah sejajar dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sejak 2008 lagi. 

Malah, katanya, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sudah banyak kali mengeluarkan larangan perbuatan yang menggunakan masjid atau surau sebagai medan politik kepartian dan propaganda politik.

"Ahli politik yang didapati menggunakan masjid atau surau di Selangor dengan tujuan yang tidak dibenarkan oleh Sultan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dianggap menghina, mengingkari dan melanggar titah Sultan Selangor dan ketetapan MAIS serta boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 12 (a) atau (b), Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, pentadbir masjid dan surau di Selangor digesa mematuhi dan menguatkuasakan larangan yang ditetapkan oleh MAIS bagi memastikan rumah ibadat sebagai zon aman serta bebas pengaruh politik kepartian.

Mohd Shahzihan berkata kegagalan dan sebarang kecuaian mematuhi ketetapan itu, pegawai masjid boleh dibatalkan pelantikannya oleh MAIS berdasarkan Peraturan 7 (f) Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017.

"Larangan itu membabitkan apa juga bentuk berkempen termasuklah berucap, berceramah, berkhutbah, menyebarkan risalah parti, mengedar poster calon dan lambang parti di dalam ruang dan di kawasan masjid atau surau," katanya lagi.

Selangor antara salah satu negeri yang terbabit dalam PRN kali ini, selain Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.  

Proses penamaan calon diadakan pada 29 Ogos lalu dan tempoh kempen ditetapkan selama 14 hari berakhir tepat jam 11.59 malam pada 11 Ogos ini. 

Untuk rekod, sebanyak 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dengan jumlah calon seramai 572 orang. -- Getaran, 31 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

JAIS Keluar Arahan Tangguhkan Program Ceramah Oleh Ustaz Don Di Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar