web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Meski Berdepan Provokasi, PM Kekal Tenang, Sentiasa Tersenyum

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2023 7:06PM

Perdana Menteri ketika melawat pusat penamaan calon DUN Lembah Jaya pagi tadi - gambar Azlan Hadi Abu Bakar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GOMBAK -- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal tenang walaupun berdepan provokasi pihak lawan ketika hadir memberi sokongan kepada calon Kerajaan Perpaduan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu di sini.

Meskipun diasak dengan ejekan dan nyanyian parodi lagu Aduh Malaysia, Perdana Menteri masih mampu mengukir senyum, malah sempat menyapa dan bersalaman  dengan penyokong Pakatan Harapan yang sudah berada di perkarangan sekolah sejak awal pagi hari ini.

Penyokong PN di SMK Sg Pusu dilihat agak agresif apabila melemparkan pelbagai provokasi kepada Perdana Menteri - gambar Mohd Hazli Hassan
Penyokong PN di SMK Sg Pusu dilihat agak agresif apabila melemparkan pelbagai provokasi kepada Perdana Menteri - gambar Mohd Hazli Hassan

Beliau diiringi Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Zambry Kadir dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. 

Parlimen Gombak yang memiliki tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dibarisi mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (DUN Sungai Tua), Datuk Megat Zulkarnain Omardin (DUN Gombak Setia) dan Juwairiya Zulkifli (DUN Hulu Kelang).

Amirudin (dua dari kiri) dan Megat Zulkarnain (dua dari kanan) bergambar selepas menyerahkan borang pencalonan - gambar Mohd Hazli Hassan
Amirudin (dua dari kiri) dan Megat Zulkarnain (dua dari kanan) bergambar selepas menyerahkan borang pencalonan - gambar Mohd Hazli Hassan

Juwairiya yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati ialah Setiausaha Politik kepada Amirudin.

Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) ini adalah yang pertama buat Anwar setelah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke -10 sejak lapan bulan lalu. 

Ia melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Selangor mempertandingan 56 kerusi DUN dan proses penamaan calon telah selesai dilaksanakan sekitar jam 12 tengah hari tadi. 

Tarikh mengundi awal ditetapkan pada 8 Ogos manakala hari mengundi jatuh pada 12 Ogos akan datang. - Getaran, 29 Julai 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad