web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PH, BN Kedah Lancar Manifesto, Garis 4 Teras Utama

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2023 8:10AM

Mahdzir Khalid - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI -- Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Kedah malam ini melancarkan manifesto gabungan itu yang mengandungi empat teras utama sebagai tawaran kepada rakyat Kedah sekiranya berjaya merampas negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Empat teras itu adalah reformasi politik dan urus tadbir yang telus; pembangunan dan pengurusan ekonomi yang progresif; pembangunan sosial yang harmoni; serta pengurusan sumber hasil yang mampan.

Pengerusi Bersama Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata manifesto yang ditawarkan itu adalah hasil himpunan pemikiran bersama pimpinan BN dan PH bertujuan memastikan masa depan lebih baik untuk rakyat negeri ini.

Dalam ucapannya, Mahdzir yang juga Pengerusi BN Kedah turut mengingatkan para pengundi terutama golongan pengundi muda untuk memilih secara rasional dan bukannya berasaskan emosi yang didorong fitnah dan dijadikan modal pihak tertentu.

“Maknanya (jadi kerajaan) kita kena kreatif barulah boleh jaga golongan belia. Bagi kami jadi kerajaan, kami tahu apa nak buat,” katanya pada Majlis Pengumuman dan Pengenalan Calon serta Pelancaran Manifesto Perpaduan Negeri Kedah, di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Sekretariat Perpaduan Nasional Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi PH Kedah Datuk Mahfuz Omar.

PRN di enam negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah akan diadakan 12 Ogos ini, manakala penamaan calon pada Sabtu ini.

Di bawah teras reformasi politik dan urus tadbir yang telus, antara lain gabungan itu mahu menyusun semula dan memperkemaskan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agar lebih kompeten dan berdaya-saing serta memberi pulangan kepada kerajaan negeri.

.Gabungan BN/PH mahu menyusun semula GLC agar menberi pulangan lumayan kepada kerajaan negeri - gambar hiasan
.Gabungan BN/PH mahu menyusun semula GLC agar menberi pulangan lumayan kepada kerajaan negeri - gambar hiasan

Gabungan itu juga mahu pengisytiharan harta Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilakukan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap dua tahun.

Di bawah teras pembangunan dan pengurusan ekonomi yang progresif, antara perkara yang ditawarkan adalah mewujudkan Tabung Bantuan Bencana Petani, Penternak dan Nelayan secara lebih khusus bagi meringankan beban kerugian akibat bencana.

Menerusi teras pembangunan sosial yang harmoni pula, gabungan itu akan bekerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan dalam mencari kaedah penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah pembekalan air bersih di seluruh Negeri Kedah dengan lebih efektif.

Bagi teras pengurusan sumber hasil yang mampan pula, antara perkara yang digariskan ialah memastikan sifar pencerobohan hutan simpan kekal ke arah menjadikan Kedah, Negeri Lestari Pertama di Malaysia.

Gabungan itu juga mahu menoktahkan pembalakan dan perlombongan haram bagi memastikan aset dan sumber bumi negeri sentiasa terpelihara dan mengelak daripada terus berlakunya banjir kepala air, pencemaran sungai dan malapetaka yang akan mengancam nyawa rakyat. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Semasa 4 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Wanita Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan