web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ekonomi 2 Negeri PH Kekal ‘Meroket’, Keputusan PRN Tidak Akan Beri Kesan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2023 7:49AM

Pembangunan ekonomi Selangor tidak akan terjejas walaupun berlaku perubahan pentadbiran - gambar Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR -- Struktur ekonomi di dua negeri Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak terjejas walaupun berlaku perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Penganalisis Politik Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Datuk Profesor Dr Ismail Sualman berkata,  pertumbuhan ekonomi di Pulau Pinang dan Selangor tidak akan merosot kecuali jika timbul isu melibatkan pertikaian gunasama.

Menurut beliau, pengasingan kuasa khususnya dari segi pengurusan aset, harta dan beberapa aspek berkaitan tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Sama ada Selangor menang atau kalah, sebenarnya pengurusan aset itu bergantung kepada siapa pemilik harta berkenaan.

“Dalam hal-hal tertentu biasanya Persekutuan yang uruskan, contohnya pelabuhan (atau) lapangan terbang yang dibuat oleh pihak Persekutuan walaupun lokasinya terletak di Selangor," katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Ismail berkata demikian ketika ditanya ramalan mengenai pertumbuhan ekonomi Selangor dan Pulau Pinang, sekiranya PRN 12 Ogos depan membawa perubahan pada pucuk pimpinan negeri.

Profesor Dr Ismail Sualman - gambar Facebook
Profesor Dr Ismail Sualman - gambar Facebook

Untuk info, Selangor dan Pulau Pinang mencatatkan pertumbuhan ekonomi tertinggi, masing-masing pada kadar 11.9 dan 13.9 peratus tahun lalu.

Laporan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan kedua-dua negeri tersebut sebagai penyumbang terbesar kepada pembangunan ekonomi negara.

Masih berkisar isu sama, Ismail berkata, kerajaan pusat masih berkuasa menguruskan hasil ekonomi yang dijana, walaupun berlaku perubahan kepimpinan.

"Seperti kita tahu, kerajaan pusat tetap mempunyai kuasa untuk memberikan kata putus dalam hal ini (ekonomi). Itu yang kita perlu faham.

"Hasil mahsul seperti minyak adalah milik Persekutuan, contohnya Kelantan dan Terengganu. Dua negeri berkenaan hanya memperoleh pembahagian keuntungan dalam bentuk royalti,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, masih ada peluang untuk Selangor dirampas oleh pembangkang walaupun kemungkinan itu hanya boleh ditentukan berdasarkan senario semasa.

"Ikut analisis sentimen secara akademik, saya nampak Pulau Pinang akan kekal di bawah PH, manakala Selangor dalam keadaan 50:50.

"Peluang seimbang untuk PH dan PN.  Secara keseluruhan di Selangor, akan berlaku pertarungn sengit di kawasan luar bandar yang majoriti penduduknya ialah Melayu. Tetapi di kawasan bandar majoriti Cina ayau India, kemenangan diyakini menjadi milik DAP atau PKR," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, dua negeri terkaya di Malaysia ini akan kekal di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

 Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed  - gambar UUM
Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed - gambar UUM

Beliau berkata, bacaan demografi di Pulau Pinang dan Selangor  menunjukkan kedua-dua aset PH itu sukar dirampas oleh Perikatan Nasional (PN).

"Kita tahu kerajaan Pulau Pinang dan Selangor telah menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan terutama dari sudut ekonomi.

"Kalau kita tengok, sangat banyak peningkatan pelaburan, kemajuan ekonomi, kebajikan masyarakat, bantuan dan subsidi yang diberikan kepada anak-anak Selangor.

"Itu bagi saya satu pengukuhan yang penting bagi meneruskan kesinambungan kerajaan,” jelasnya.

Selain daripada itu, tambah Ahmad Marthada, gabungan parti politik juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kedudukan kerajaan sedia ada.

Katanya, PH dan BN masing-masing mempunyai kekuatan dan juga pengalaman yang baik dalam menguruskan pentadbiran.

“Ini dilihat sebagai satu kekuatan Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kemenangan di dua negeri ini kekal berpihak kepada mereka,” katanya.

Proses penamaan calon akan berlangsung esok, manakala 8 Ofis ditetapkan untuk proses pengundian awal.

Hari mengundi bagi keenam-enam negeri terlibat ialah 12 Ogos depan.

PRN kali ini melibatkan 245 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan perbelanjaan sebanyak RM240 juta yang diperuntukkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).  - Getaran, 28 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

2

Video & Galeri 5 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 5 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 15 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar