web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN: PH, BN Atur Strategi Ampuh Untuk Raih Kemenangan Di 6 Negeri - Anwar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2023 9:00AM

Anwar Ibrahim di program Jelajah Perpaduan MADANI dan Pelancaran Jentera Perpaduan Pulau Pinang - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PERMATANG PAUH -- Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) harus mengatur strategi yang ampuh sekali gus mengumpul kekuatan akar umbi parti masing-masing bagi memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syarat lain bagi dua gergasi politik tanah air itu untuk meraih kemenangan ialah dengan mengerah seluruh jentera parti-parti yang berada dalam Kerajaan Perpaduan.

“Ini pesan saya, UMNO ada pangkalan di kampung-kampung, DAP ada pangkalan di bandar, PKR campur-campur sikit. Kalau PH dan BN ini ada strategi yang ampuh, kumpul kekuatan akar umbi dia untuk masa depan.

“Tiada siapa yang mampu goyahkan kedudukan kita, percayalah, tiada siapa yang boleh goyangkan kita,” katanya ketika berucap pada Jelajah Perpaduan MADANI dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini malam tadi.

Turut hadir Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow serta para pemimpin BN dan PH.

Strategi disusun Kerajaan Perpaduan diyakini mampu membuahkan hasil - gambar BERNAMA
Strategi disusun Kerajaan Perpaduan diyakini mampu membuahkan hasil - gambar BERNAMA

 Presiden PKR itu percaya dan yakin gabungan gergasi PH-BN akan menempa sejarah dengan keputusan luar biasa di Pulau Pinang.

Beliau berkata buat julung kalinya, PH yang sebelum ini memerintah dan BN sebagai pembangkang kuat di Pulau Pinang, kini bergabung.

Anwar, yang mengakhiri jadual padat dalam lawatan kerja ke Pulau Mutiara malam ini, berkata gabungan PH-BN bukan untuk mengekalkan kuasa sebaliknya bersandarkan prinsip menyelamatkan negara dan menjaga tatakelola baharu Malaysia.

"Kalau kita lihat perkiraan biasa, (melalui) gabungan dua gergasi ini saya percaya kita akan tempa keputusan luar biasa di Pulau Pinang," katanya.

Ahli Parlimen Tambun itu juga berkata rekod pentadbiran PH di bawah Chow adalah baik dan beliau akan kekal sebagai Ketua Menteri sekiranya gabungan PH-BN memenangi PRN di Pulau Pinang. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Video & Galeri 5 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran