web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: DAP Selangor Pertahan Semua Kerusi DUN

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2023 1:55PM

Ng Sze Han - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM, 15 Julai (Bernama) -- DAP Selangor akan mempertahankan kesemua 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan hadapan.

Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han berkata agihan kerusi berkenaan, merupakan bilangan yang telah dipersetujui antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Kita yakin DAP mampu untuk mengekalkan rentak terbaik dengan memenangi kesemua kerusi yang disandang pada PRU14 sebelum ini,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama baru-baru ini.

Pada PRU14, DAP memenangi 16  kerusi DUN iaitu di Sekinchan, Kuala Kubu Baharu, Teratai, Dusun Tua, Balakong, Seri Kembangan, Kinrara, Subang Jaya, Bukit Gasing, Kampung Tunku, Bandar Utama, Bandar Baru Klang, Pandamaran, Kota Kemuning, Banting dan Sungai Pelek.

Bagaimanapun, kerusi DAP berkurangan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai Bryan Lai Wai Chong, mengumumkan keluar parti untuk bergerak sebagai wakil rakyat bebas pada 2021 sebelum menyertai Warisan, tahun lepas.

DAP dan UMNO adalah antara komponen Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi PRN tidak lama lagi - gambar hiasan
DAP dan UMNO adalah antara komponen Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi PRN tidak lama lagi - gambar hiasan

Dalam pada itu, Sze Han yang sebelum pembubaran ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru negeri, menyatakan kesediaannya untuk mempertahankan kerusi DUN Kinrara yang diwakili beliau selama dua penggal.

“Kalau diberi peluang (bertanding) di Kinrara, ya. Tetapi saya serahkan kepada keputusan akhir parti. Saya sentiasa tegaskan bahawa kesemua 16 kerusi ini bukan milik individu, tapi milik DAP dan PH,” katanya.

Kedudukan semasa kerusi sebelum DUN dibubarkan pada 23 Jun ialah PH mempunyai 40 kerusi merangkumi PKR (19), DAP (15), Amanah (enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua) manakala PAS, Pejuang dan Warisan, masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat Bebas.

Kerusi Batang Kali pula diisytiharkan kosong pada Februari lepas, setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan.

Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini memaklumkan, pembahagian kerusi di antara PH dan BN selesai dengan lebih 20 peratus daripada 56 kerusi DUN akan diwakili BN, manakala selebihnya akan ditandingi calon PH yang terdiri daripada parti PKR, DAP dan Amanah.

Pada 13 Julai lalu, Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim mengesahkan parti akan bertanding di sembilan kerusi DUN pada PRN nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

4

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad