web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Jangka Senarai Calon Dimuktamad Dalam Tempoh 1 Atau 2 Minggu

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2023 12:07PM

Majlis Syura Ulama PAS akan mengadakan mesyuarat minggu ini bagi membuat tapisan terakhir senarai calon yang sudah diperolehi daripada enam negeri terlibat PRN nanti - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - PAS menjangkakan senarai akhir calon yang akan bertanding mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti, dimuktamadkan dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi.

Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Majlis Syura Ulama PAS akan mengadakan mesyuarat minggu ini bagi membuat tapisan terakhir senarai calon yang sudah diperolehi daripada enam negeri terlibat PRN nanti.

Beliau berkata Majlis Syura Ulama PAS akan meneliti senarai calon dari segi kelayakan syarie seperti bukan pelaku dosa besar, bukan merosakkan nama parti, dan memastikan mereka adalah ‘orang yang mampu melaksanakan tanggungjawab dan amanah kalau ditakdirkan dipilih’.

"Kita minta setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) hantar sekurang-kurangnya dua nama, tetapi ada yang hantar tiga, empat malah lima nama,” katanya kepada pemberita selepas Ceramah Mega Pakat Pertahan dan Pelancaran Jentera Pilihanraya Perikatan Nasional (PN) Parlimen Kubang Kerian, di sini malam tadi.

Mengulas lanjut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata senarai calon yang melepasi tapisan berkenaan kemudiannya akan dihantar ke Jawatankuasa PAS Pusat sebelum dipanjangkan kepada Presiden parti dan pimpinan PAS negeri untuk keputusan akhir.

Sementara itu beliau turut menolak satu maklumat ditularkan media sosial mengenai senarai yang dikatakan calon PAS pada PRN nanti, dan menegaskan bahawa ia adalah maklumat palsu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad