web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN: Petugas SPR Dalam Kalangan Guru Sedia Laksana Tugas - Fadhlina

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2023 4:30PM

Fadhlina Sidek ketika berucap pada Majlis Perasmian Perpustakaan Peringatan Siddiq Fadzil di Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BESTARI JAYA - Guru sekolah yang dilantik sebagai petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan, sudah bersedia melaksanakan tanggungjawab berkenaan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata segala perkara berkaitan termasuk jumlah guru yang bakal bertugas dan sekolah yang akan digunakan pada PRN itu, sudah diselesaikan pihak Kementerian Pendidikan (KPM).

"Apa yang penting kita memang sudah membuat persiapan dan pengumuman lanjut akan dibuat secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perpustakaan Peringatan Siddiq Fadzil di Perpustakaan Universiti Selangor (Unisel) di sini hari ini.

PRN yang melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.

Sementara itu, Fadhlina yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata proses pemilihan calon wanita PKR untuk diketengahkan pada PRN, telah selesai namun belum dimuktamadkan.

“Kita sedang memuktamadkan calon wanita kita (PKR) dalam mesyuarat khas. Kita perjuangkan untuk kuota 30 peratus, dapat lebih kita bertanding lebih,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata KPM belum membuat sebarang keputusan konklusif bagi mengembalikan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Mengenai program hari ini pula, beliau menzahirkan kesyukuran atas usaha Unisel mewujudkan perpustakaan peringatan atas nama Allahyarham bapanya yang akan menempatkan kira-kira 10,000 buku dan bahan ilmiah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 17 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini