web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PEJUANG Masih Harap Dapat Kerjasama Dengan PN

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 8:31PM

PEJUANG tidak mahu dilihat sebagai pengacau yang memecah-belahkan undi Melayu dalam PRN itu tetapi penyatuan undi Melayu adalah satu cara terbaik bagi parti itu bersama PN berdepan dengan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) masih berharap pimpinan Perikatan Nasional (PN) dapat memberikan pertimbangan sewajarnya untuk parti itu dapat menyertai atau bekerjasama dengan gabungan tersebut pada Plihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata parti itu tidak mahu dilihat sebagai pengacau yang memecah-belahkan undi Melayu dalam PRN itu tetapi penyatuan undi Melayu adalah satu cara terbaik bagi parti itu bersama PN berdepan dengan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

''Respons pasang surut daripada PN, malah pada mulanya saya sendiri ada berjumpa beberapa pemimpin PN. Memang dari awal kami optimistik dan menerima respons positif jadi...apabila kami mohon (sertai PN) dan ditolak kami rasa kecewa.

“Sekarang timbul pula harapan itu, jadi kami harap PN dapat beri pertimbangan sewajarnya,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Syarahan Umum Pelantikan Profesor bertajuk “Persetujuan dan Percanggahan Dalam Arena Politik Malaysia” yang disampaikan oleh Prof Dr P. Sivamurugan di Universiti Sains Malaysia (USM).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari pengundian bagi pelaksanaan PRN serentak di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan  pada 12 Ogos, dengan hari penamaan calon pada 29 Julai ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad